Perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 diantara Kedah dan JDT bermula dengan agak panas apabila beberapa keputusan awal yang dibuat oleh pengadil perlawnan telah mengundang perasaan tidak puas hati para pemain terutama pemain JDT.

Tempoh 5 minit pertama sekurang-kurangnya 4 keputusan yang dibuat oleh pegawai perlawanan menerima reaksi yang tidak disenangi oleh pemain-pemain terutamanya pasukan JDT.

Selepas 15 minit pertama permainan berlangsung tidak banyak yang mampu dilakukan oleh pasukan Kedah yang dilihat lebih banyak menyerap asakan  serangan pasukan JDT. Skuad Harimau Selatan juga nyaris menjaringkan gol pertama apabil a sepakan bebas Gonzalo Cabrera dari sebelah kanan kotak penalti ditanduk oleh Aidil Zaquan yang tidak dikawal namun singgah ditiang gol Kedah.

75310355_3122656874473463_3667378273752449024_o

3 kad kuning dilayangkan kepada pasukan Kedah dalam tempoh 21  minit – minit ke 9 kepada Zaquan Adha, minit ke 14 kepada Jonathan Bauman dan ke 21 kepada Shakir Hamzah.

Pertukar awal terpaksa dilakukan oleh pasukan Kedah apabila Azmeer Yusof yang mengalami kecederaan selepas bertembung dengan Safawi Rasid pada minit ke 16. Pasukan JDT juga terpaksa melakukan pertukaran pada miit ke 25 apabila Diogo yang dilihat tidak selesa untuk meneruskan aksi dengan memasukkan Syafiq Ahmad.

2 Gol JDT Berpunca Dari Sebelah Kanan Kawasan Penalti Kedah

Tidak sampai 2 minit selepas kemasukan Syafiq Ahmad, Leandro Velazquez menyambut hantaran Gonzalo Cabrera dengan rembatan leret ke sebelah kiri gol yang dikawal oleh Ifwat Akmal menjadikan kedudukan 1-0.

Safawi Rasid membuktikan sepakan kaki kiri beliau sememangnya cukup berbisa apabila menambah gol ke 2 JDT melalui sepakan bebas padu dari bucu sebalah kanan kotak penalti Kedah.

73182188_3122657351140082_6389634880757563392_o

Gandingan Safawi Dan Syafiq Ahmad nyaris menambah gol JDT tetapi sipi disebalah kiri gawang selain rembatan jauh Safawi yang hampir melemaskan Ifwat menuju tamat 45 minti pertama perlawnan. Aidil Zaquan turut mengutip kad kuning pada minit kecederaan separuh masa pertama apabila mengasari Edgar Bernhardt.

Selepas 13 minit saingan separuh masa kedua bermula, penyerang JDT yang berada dalam momentum terbaik, Syafiq Ahmad menjaringkan gol ke 3 perlawanan apabila tandukan free header beliau hasil hantaran lintang Afiq Faizail dari sebelah kanan gol Kedah menembusi gawang Ifwat buat kali ketiga.

Kedah melakukan pertukaran ke 2 dalam perlawanan ini apabila mengeluarkan Farhan Roslan dan menggantikan dengan Mohamad Fayadh pada minit ke 64. Pasukan JDT pula telah mengeluarkan Afiq Fazail pada minit ke 72 dengan memasukkan Syameer Kutty bagi mengembalikan tenaga dibahagian tengah.

75392831_3122656451140172_7896367209864232960_o

Memasuki minit ke 75, kelihatan penyokong Kedah sudah mula meninggalkan stadium  yang mungkin menggambarkan pasukan mereka tidak mampu kembali dengan margin 3 gol kepada pasukan JDT.

Minit ke 81 Kedah memperolehi sepakan bebas diluar koawasan penalti JDt namun tendangan Baddrol Baktiar ditepis keluar oleh Farizal Marlias, disusuli dengan sepakan bebas ke 2 dari kawasan tengah didepan koawasan penalti sekali lagi melewati palang gol.

Secara keseluruhannya pasukan Kedah dilihat gagal untuk memberikan ancaman benar-benar berbahaya kepada kubu pasukan JDT sepanjang permainan dan  JDT mengungguli Piala Malaysia 2019 dengan keputusan penuh 3-0.

Keputusan ini juga membuktikan kata-kata Hariss Harun bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil bukanlah ‘badi’ kepada pasukan JDT.

Baca juga artikel menarik lain yang telah kami sediakan untuk anda sempena Piala Malaysia 2019.

Stadium Bukit Jalil Bukan ‘Badi’ Untuk Skuad Harimau Selatan, Buka Lembaran Baharu Buru Kejuaraan Piala Malaysia

Piala Malaysia 2019: Lan Pet Pet Ramalkan Kedah Menang 3-2 Malam Ini

Ramalan Rahmad Darmawan Soal Juara Piala Malaysia 2019