Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools terlepas peluang untuk mendapat pingat kejuaraan Liga Pro Belgium yang saingannya baru sahaja ditamatkan.

Pendahulu liga, Club Brugge dinobat sebagai juara namun Dion tidak mendapat pingat kejuaraan kerana pemain itu berhijrah pada jendela perpindahan Januari lalu.

Johan
Sumber Gambar: Obses Bola

Dion memilih untuk menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Liga Denmark, FC Midtjylland setelah beliau jarang diturunkan dalam kesebelasan utama Brugge.

Pada awal karier Dion bersama Brugge, pemain itu menampilkan prestasi cemerlang sekaligus mendapat peluang untuk beraksi bersama skuad B-21 tahun Belgium.

Johan
Sumber Gambar: FC Midtjylland

Meskipun terlepas peluang untuk meraih pingat kejuaraan Liga Pro Belgium, namun Dion masih lagi mempunyai peluang untuk memenangi Denmark Superliga dimana FC Midtjylland ketika ini menjadi pendahulu.

Saingan Liga Pro Belgium menjadi liga pertama di Eropah yang menutup tirai setelah dunia dilanda penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Banyak lagi saingan dilihat akan mengikut jejak langkah Belgium dengan menamatkan saingan lebih awal jika pandemik ini tidak dapat dikawal.

Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools di sini:

Johan Dion Cools Sah Sertai Kelab Liga Denmark, FC Midtjylland

Johan Dion Cools Bantu FC Midtjylland Raih Kemenangan Pada Penampilan Pertama

VoetbalBelgie Dedahkan Dion Cools Akan Berpindah Keluar Dari Club Brugge Menyertai Johor Darul Ta’zim?