Pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools sah menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Liga Denmark, FC Midtjylland.

Perkara ini disahkan oleh Midtjylland menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi kelab dimana pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak sehingga tahun 2023.

Dion Cools mengalami masa-masa sukar bersama Club Brugge dimana beliau jarang diturunkan dalam kesebelasan utama dan sering dipinggirkan oleh ketua jurulatih pasukan, Philippe Clement.

Philippe lebih gemar untuk menggunakan pemain lain di posisi pertahanan kanan dan perkara ini menyebabkan Dion kehilangan tempat meskipun beliau sebelum ini menjadi pilihan utama untuk mengisi posisi tersebut.

Johan Dion Cools
Sumber Gambar: IB

Sebelum ini, Dion Cools dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang dimiliki oleh jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan dan juga kelab milik Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Johor Darul Ta’zim.

Namun, Dion memilih untuk menerima tawaran yang diberikan oleh FC Midtjylland dan beliau berpeluang untuk kembali menjadi pilihan bagi diturunkan dalam kesebelasan utama.

Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools di sini:

Johan Dion Cools Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke KV Kortrijk

VoetbalBelgie Dedahkan Dion Cools Akan Berpindah Keluar Dari Club Brugge Menyertai Johor Darul Ta’zim?