Pemain kacukan negara, Johan Dion Cools menafikan berita yang mengatakan beliau akan kembali ke saingan Liga Belgium untuk menghadapi baki musim 2020/2021.

Menerusi laman media sosial Instagram story miliknya, Dion menegaskan beliau tidak akan kembali beraksi di Belgium sebaliknya kekal menyarung jersi FC Midtjylland dalam saingan Danish Superliga yang merupakan divisyen pertama liga bola sepak negara Scandinavian itu.

Sebelum ini, wartawan bola sepak dari Belgium iaitu Florian Holsbeek mendedahkan pemain kacukan Malaysia-Belgium itu bakal kembali ke Belgium dengan menyertai Sint-Truidense bagi menghadapi separuh masa kedua saingan musim 2020/2021.

Sebelum menyertai Midtjylland pada awal tahun 2020, Dion pernah beraksi bersama dua kelab Jupiler Pro League iaitu OH Leuven dan Club Brugge selama lima setengah musim.

Bersama Midtjylland, Johan Dion Cools bukan sahaja dapat beraksi bersama pendahulu Liga Denmark itu malah beliau juga berpeluang beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini. Namun, skuad kendalian Brian Priske itu gagal melepasi saingan peringkat kumpulan yang juga diisi oleh Liverpool, Ajax Amsterdam dan Atalanta.

Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools di sini:

Johan Dion Cools Bakal Kembali Ke Saingan Liga Belgium

FC Midtjylland Tewaskan FC Copenhagen, Johan Dion Cools Beraksi 90 Minit

FC Midtjylland Raih Kemenangan, Johan Dion Cools Beraksi Penuh 90 Minit