Pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools yang ketika ini beraksi bersama Club Brugge dikaitkan dengan perpindahan ke kelab milik usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan iaitu KV Kortrijk.

Perkara ini menjadi topik perbincangan apabila Dion jarang beraksi berdama Brugge dalam saingan Belgium Jupiler Pro League jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan sering dipinggirkan oleh ketua jurulatih, Philippe Clement.

Johan Dion Cools
Sumber Gambar: IB

Philippe lebih gemar untuk menggunakan pemain lain di posisi pertahanan kanan dan perkara ini menyebabkan Dion kehilangan tempat meskipun beliau sebelum ini menjadi pilihan utama untuk mengisi posisi tersebut.

Kurangnya minit bermain menyebabkan ramai pihak yang menasihati Johan Dion Cools untuk meninggalkan Brugge dan menyertai pasukan lain pada jendela perpindahan musim sejuk yang akan dibuka pada 1 Januari nanti.

Antara kelab yang dicadangkan sebagai destinasi baharu pemain berusia 23 tahun itu ialah KV Kortrijk yang sebelum ini telah mendapatkan khidmat penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin.

Johan Dion Cools
Sumber Gambar: Instagram story Dion

Kotrijk dilihat menjadi pasukan yang sesuai untuk mengembalikan semula prestasi pemain yang telah beraksi di setiap peringkat umur bersama pasukan kebangsaan Belgium di peringkat antarabangsa itu.

Kotrijk ketika ini menduduki tangga ke-13 dalam carta Jupiler Pro League dimana mereka telah meraih 14 mata daripada 15 perlawanan yang diharungi setakat ini.

Baca artikel lain mengenai pemain kacukan pasukan negara di sini:

Wan Kuzain Tiada Dalam Senarai, Quentin Cheng Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Sukan SEA 2019

Kobe Chong Dan Armin Maier Bakal Perkuatkan Skuad Malaysia B-23