Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan kini beliau sudah sedia untuk kembali memperkuatkan kesebelasan utama FC Midtjylland.

Dion terlepas aksi saingan Liga Super Denmark selama beberapa minggu sebelum ini ekoran kecederaan yang dialami.

Ketika ini, Midtjylland menghuni tangga teratas dalam carta play-off bagi merebut kejuaraan liga dengan kelebihan empat mata di hadapan Brøndby IF.

Johan Dion Cools setakat ini menampilkan prestasi yang memberangsangkan dimana beliau beberapa kali dipilih untuk membarisi kesebelasan utama bagi menghadapi perlawanan liga ataupun saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Dion juga berjaya menjaringkan beberapa gol dalam saingan liga dimana salah satu gol beliau ialah ketika bertemu AC Horsens.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Johan Dion Cools di sini:

Johan Dion Cools Jaringkan Kemenangan FC Midtjylland

Johan Dion Cools Nafi Bakal Kembali Ke Liga Belgium

Johan Dion Cools Bantu FC Midtjylland Raih Satu Mata Ketika Berdepan Liverpool