Undian bagi salah satu kejohanan terbesar di Eropah iaitu Liga Juara-Juara Eropah (UCL) telah berlangsung pada semalam dimana beberapa kelab ternama diletakkan dalam satu kumpulan sekaligis bakal memberikan persaingan sengit sesama sendiri.

Tidak terkecuali kelab yang diwakili oleh pemain pertahanan berdarah Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools iaitu FC Midtjylland yang diundi dalam kumpulan D bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan dua lagi pasukan iaitu kelab Eredivisie Belanda, Ajax Amsterdam dan kelab Serie A Itali, Atalanta.

Undian bersama Liverpool ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada Dion Cools untuk berdepan dengan dua pemain sayap terbaik dunia ketika ini iaitu Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Sebelum ini, Dion mempunyai pengalaman beraksi menentang kelab dari EPL ketika menyarung jersi Club Brugge dimana beliau pernah berdepan Manchester United pada saingan edisi 2015/2016 di peringkat play-off.

Selain berdepan dengan Mane dan Salah, Ajax Amsterdam dan Atalanta juga mempunyai barisan pemain sayap berkualiti seperti David Neres (Ajax), Josip Iličić dan Alejandro Gomez (Atalanta). Jadi secara keseluruhan, jika diberikan peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama, Dion Cools akan menghadapi pemain terbaik di bahagian sayap.

Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools di sini:

Kelab Johan Dion Cools Semakin Hampir Raih Slot Peringkat Kumpulan Saingan UCL

Johan Dion Cools Sedia Bantu Luqman Hakim Menyesuaikan Diri Di Belgium

Malaysia Bakal Punyai Pemain Pertahanan Asean Termahal Jika Johan Dion Cools Sarung Jersi Harimau Malaya