Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools membantu pasukan barunya, FC Midtjylland meraih kemenangan pada penampilan kompetitif pertama beliau dalam saingan Danish Superliga.

FC Midtjylland turun menentang Lyngby pada perlawanan minggu ke-21 dan mereka tidak berdepan masalah untuk mendapatkan tiga mata dengan kemenangan 2-0 sekaligus kekal menghuni tangga teratas.

Pada perlawanan yang berlangsung pagi tadi, Dion Cools bermula di bangku simpanan apabila pengendali Midtjylland, Brian Piske menurunkan pemain lain bagi mengisi posisi pertahanan kanan dalam kesebelasan utama.

Memasuki separuh masa kedua, barulah Piske memasuki Dion Cools dan bekas pemain Club Brugge itu menampilkan persembahan yang baik.

Sebelum menyertai FC Midtjylland, Dion Cools dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) ekoran kecederaan yang dialami oleh Azrif Nasrulhaq.

Namun, Dion lebih memilih untuk kekal beraksi di Eropah dan JDT pula berjaya mendapatkan khidmat Matthew Davies dari Pahang.

Pada perlawanan Danish Superliga yang seterusnya, Midtjylland akan berdepan dengan pasukan Hobro.

Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools yang telah kami sediakan di sini:

Johan Dion Cools Sah Sertai Kelab Liga Denmark, FC Midtjylland

Johan Dion Cools Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke KV Kortrijk

VoetbalBelgie Dedahkan Dion Cools Akan Berpindah Keluar Dari Club Brugge Menyertai Johor Darul Ta’zim?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group