Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools kembali diturunkan dalam perlawanan saingan Danish Superliga dan beliau membantu FC Midtjylland meraih kemenangan sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan di puncak liga.

Midtjylland berjaya menewaskan Randers dengan keputusan 2-0 hasil daripada jaringan Alexander Scholz dan Evander pada separuh masa pertama sekaligus memberikan kelebihan 12 mata ke atas pasukan di tangga kedua, FC Copenhagen.

Pada perlawanan menentang Randers, Dion Cools bermula di bangku simpanan dan beliau hanya dimasukkan pada minit ke-59 bagi menggantikan Paulinho.

Setelah tidak diturunkan pada dua perlawanan sebelumnya menentang Hobro dan SønderjyskE, Johan Dion kembali mendapatkan kepercayaan pengendali pasukan, Brian Priske bagi mengisi posisi pertahanan kanan pasukan.

Setakat ini, Dion tampil sebagai pemain gantian sejak menyertai Midtjylland daripada Club Brugge pada jendela perpindahan musim sejuk Januari lalu.

Pada perlawanan Danish Superliga yang seterusnya, Midtjylland akan berdepan dengan pasukan Horsens.

Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools di sini:

VoetbalBelgie Dedahkan Dion Cools Akan Berpindah Keluar Dari Club Brugge Menyertai Johor Darul Ta’zim?

Johan Dion Cools Sah Sertai Kelab Liga Denmark, FC Midtjylland

Johan Dion Cools Bantu FC Midtjylland Raih Kemenangan Pada Penampilan Pertama