Jodoh penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha bersama pasukan Pahang berakhir apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tidak menyambung kontrak pemain berusia 33 tahun itu.

Norshahrul yang lebih mesra dengan panggilan Matyo itu menyertai Pahang pada 2018 lalu dan PBNP mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak beliau kerana mahu memberikan fokus terhadap penggunaan pemain muda musim hadapan.

Norshahrul Idlan Talaha

Sumber Gambar: FAM

Menurut laporan Berita Harian , Pahang kini dalam usaha untuk merangka semula pasukan selepas gagal memenangi sebarang Piala pada saingan musim 2019.

“Pahang kini dalam proses pembentukan pasukan termasuk berusaha menyenaraikan pemain baru untuk memberi saingan kepada lawan.

“Segalanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat termasuk pemain import selepas tiga daripada lima import tidak lagi bersama Pahang musim depan,” kata seorang sumber.

Selain tidak menyambung kontrak Norshahrul Idlan Talaha, PBNP juga tidak melanjutkan kontrak Zubir Azmi, R.Kogileswaran, A.Salomon Raj, Afif Amiruddin, Remezey Che Ros dan Wafieyuddin Shamsudin.

Norshahrul Idlan Talaha

FOTO: Yahoo

Setakat ini, PBNP telah melepaskan tiga pemain import iaitu Safuwan Baharudin (Singapura), Saddil Ramdani (Indonesia) dan Lazarus Kaimbi (Namibia).

Dua lagi pemain iaitu Dickson Nwakaeme dan Herold Goulon akan ditentukan sama ada kekal bersama pasukan atau sebaliknya dalam masa terdekat.

Baca artikel lain mengenai pasukan Pahang di sini:

Liga Malaysia 2020: Pahang Bawa Masuk Dua Penjaga Gol Baharu

Safuwan Baharudin Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Pasukan Selangor

Liga Malaysia 2020: Saddil Ramdani Sertai Pasukan Sabah Musim Depan?

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group