Liga bola sepak profesional Jepun atau lebih dikenali dengan J.League semalam secara rasmi telah mengumumkan bahawa saingan musim 2020 ini akan mengalami sedikit perubahan kepada format pertandingan liga.

Selepas perjalanan liga terpaksa ditangguhkan seketika akibat isu COVID-19, Pengerusi J.League, Mitsuru Murai mengeluarkan satu kenyataan bahawa semua divisyen dibawah J.League – J1, J2 dan J3, tiada pasukan yang akan diturunkan atau tiada ‘relegation’.

Manakala untuk ‘promotion’ pula kekal seperti biasa untuk saingan J2 dan J3 musim 2020 ini.

Dengan perubahan format ini, pada musim 2021 nanti saingan J1 League akan mempunyai 20 buah pasukan berbanding 18 ketika ini dan diakhir musim 2021 juga 4 buah pasukan akan mengalami ‘relegation’ ke J2 dan 2 pasukan naik ke saingan J1 untuk kembali kepada jumlah asal 18 pasukan.

sp-jleague-a-20200320-870×580

Bagaimanapun, dengan penguatkuasaan sistem perlesenan kelab yang akan menentukan sesebuah kelab itu layak dinaikkan ke divisyen yang lebih tinggi atau tidak, Mitsuru Murai menjelaskan bahawa terdapat kemungkinan bilangan pasukan dalam setiap divisyen akan terjejas pada 2021.

Selain itu, pihak pengurusan liga juga akan mempertimbangkan satu proposal dimana jadual perlawanan liga perlu ditamatkan sekurang-kurangnya 75% sebelum boleh dikira sebagai lengkap dan proses ‘promotion’ mula digunakan.

Saingan liga dijangka akan bermula pada 3 April nanti namun, jika ada sebarang perubahan pengumuman akan dibuat secara rasmi pada 25 Mac 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

TERKINI: Tonton Video Paparan Keadaan Semasa Bumbung Stadium Shah Alam Yang Sangat Daif

EKSKLUSIF: Zafuan Azeman Kongsi Perkembangan Beraksi Dalam Saingan Thai League 3

“Kenapa Team AMD Pakai Jersi Lama, Logo Pun Dah Tercabut? Susah Sangat Mai Jumpa Saya” – KJ

Sumber