Bandai Spirits baru sahaja mengumumkan bahawa GunPla telah bersetuju untuk berkolaborasi dengan sebuah lagi persatuan di Jepun dan kali ini mereka berpadu dengan Persatuan Bola Sepak Profesional Jepun atau lebih dikenali dengan nama J.League.

Dengan kolaborasi ini, mereka akan mengeluarkan rekaan edisi terhad model High Grade Gunpla pada setiap perlawanan.

gundam-football-league-japan

Pihak J.League juga turut mendedahkan rekaan eksklusif HG 1/144 RX-78-2 menggunakan warna tema hitam, dan dilaporkan akan dijual pada harga ¥2,000 dalam tempoh yang terhad sehingga stok habis dijual.

Bagi model HaroPla edisi Haro J.League pula akan dijual pada harga ¥600 setiap satu sepertimana yang didedahkan dalam pengumuman rasmi laman web Bandai Hobby.

jleague-haro-and-gundam

Pelbagai warna model HG 1/144 00 Gundam, HG 1/144 Gundam Exia, HGCE 1/144 Impulse Gundam, HGCE 1/144 Strike Gundam, dan HG 1/144 Gundam Barbatos mengikut versi pasukan kelab J1 League 2020 turut didedahkan untuk tatapan umum dan model ini juga hadir dengan pelekat logo setiap kelab bola sepak.

Projek ini juga dimaklumkan adalah sebahagian dari peralihan Gundam 40th kepada GunPla 40th untuk tahun 2020 dan pengumuman lain berkenaan projek ini akan dibuat dari semasa ke semasa.

gunpla_cerezo
Cerezo Osaka
gunpla_yokohama
Yokohama FC
gunpla_yamaga
Matsumoto Yamaga
gunpla_vissel
Vissel Kobe
gunpla_vegalta
Vegalta Sendai
gunpla_trinita
Oita Trinita
gunpla_kashima
Kashima Antlers
gunpla_reds (1)
Urawa Reds
gunpla_reysol
Kashiwa Reysol
gunpla_sagantosu
Sagan Tosu
gunpla_sanfrecce
Sanfrecce Hiroshima
gunpla_tokyo
FC Tokyo
gunpla_jubilo
Jubilo Iwata
gunpla_gurampus
Nagoya Grampus
gunpla_gamba
Gamba Osaka
gunpla_frontale
Kawasaki Frontale
gunpla_f_marinos
Yokohama F Marinos
sapporo
Consadole Sapporo

Mungkin ini adalah inisiatif terbaru kedua-dua pihak untuk menggunakan kekuatan masing-masing bagi menarik peminat-peminat baru diantara satu sama lain yang dilihat sebagai win-win kepada Bandai dan juga J.League.

Kolaborasi sebegini adalah penting untuk membuka pasaran baru yang mungkin tidak pernah terfikir untuk diterokai, memungkinkan satu impak yang lebih baik kepada pihak-pihak yang terlibat terutamanya peminat kedua-duanya.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Ceres Negros Pintas Buriram United Sebagai Kelab Bola Sepak Terbaik ASEAN, JDT Kini Dalam Top 5 ASEAN

Lihat Bagaimana Pemain Ceres-Negros Ini ‘Menyantuni’ Rakan-Rakan Komrad Ultras FC Tokyo

Lihat Rekaan Bergaya Bilik VIP Stadium Mini Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mampu Kita Ambil Inspirasi