Selain dari isu tunggakan gaji pemain yang gagal dilunaskan oleh pasukan, antara topik yang hangat dibincangkan adalah berkenaan dengan isu penswastaan pasukan dalam Liga Malaysia.

Beberapa pasukan dilihat tidak mempunyai masalah, namun masih ada pasukan yang sedang ‘struggle’ memenuhi syarat yang ditetapkan.

Dalam satu program Bola @ Mamak baru-baru ini, tetamu jemputan Dato’ Windsor John yang juga merupakan Setiausaha Agung AFC memberikan satu kenyataan yang tegas mengenai perkara ini – perubahan dari FA kepada FC.

Hos rancangan tersebut ada menyatakan bahawa, FAM nampaknya seperti terbeban tetapi kalau tidak dilaksanakan mungkin ia akan mengambil masa 8 tahun, lebih dari masa yang ditetapkan.

Dato’ Windsor John menafikan ‘lanjutan’ tempoh tersebut dan menjelaskan;

“Tak. Kalau tak boleh buat perubahan ni (FA kepada FC), tahun 2021 perlesenan FAM tak diiktiraf oleh AFC. Itu dia punya consequences nya.”

“Contohnya juara liga tahun ini, nak main di AFC dia harus terus meminta lesen dari AFC. Tidak melalui FAM. Ini adalah perkara yang tidak baik untuk FAM.”

Selepas itu Dato’ Windsor John juga menerangkan satu lagi perkara penting mengenai kesan buruk jika ia berlaku adalah;

“Yang penting sekali tu, dia (pasukan) boleh apply ke AFC, tiada masalah. Tapi kehilangan (hak) memberi lesen tu adalah perkara yang memalukan.”

“Tidak pernah mana-mana persatuan bola sepak kebangsaan hilang peluang (hak) memberi lesen kepada kelab-kelab. Kalau tidak dapat dilakukan pada tahun ini, maka tahun depan FAM tidak akan diberi ‘lesen’ untuk memberikan lesen. Ditarik balik.”

Untuk mendengar secara terus berkenaan perbualan ini, sila tonton video dibawah.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Saluran Youtube Bola Sepak Tersohor Dunia – COPA90, Terbitkan Video Khas Mengenai Pasukan JDT

Kisah Anak Malaysia Pikat Jurulatih England U15, Kecewa Gagal Terima Sokongan Untuk Kekal Sebagai Pemain Akademi QPR

Komen Merapu Netizen Malaysia Di Facebook KV Kortrijk Memalukan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group