Jika Lionel Messi benar benar menyertai PSG dengan kontrak yang menyaksikan mereka membayar gaji Messi dan beberapa pemain baru yang lain gaji €75 juta sebelum cukai – maka UEFA diminta menjelaskan bagaimana PSG boleh berbuat demikian?

PSG dilaporkan sedang berbincang dengan Lionel Messi untuk kontrak 3 tahun dengan tawaran €40 juta semusim.

Seorang wartawan Itali mahukan jawapannya, dari sudut apa PSG boleh melepasi pematuhan perbelanjaan Financial Fair Play / FFP?

Anthony Lapopolo berkata menerusi Twitternya:

“Bagaimana mungkin PSG memberikan Neymar €30 juta semusim, membayar €60 juta untuk Hakimi, dan membayar €75 juta gaji sebelum cukai kepada Messi, Donnarumma, Wijnaldum dan Ramos — dan pada masa yang sama malah memikirkan untuk menandatangani semula Mbappe [jika tidak melanjutkan kontrak baru] dalam satu musim yang sama. ”

donnarumma-2026

“Ini akan membuatkan mereka defisit €204 juta dari segi pendapatan? UEFA, hentikanlah sandiwara ini semua.”

“Pada Januari, akhbar Perancis L’Equioe menulis: Misi utama Leonardo adalah menjual beberapa pemain.”

Anthony merujuk kepada laporan yang menyatakan PSG mahu kekal berada di landasan FFP. Ini kerana PSG mahu melanjutkan kontrak Neymar dan Mbappe sebagai keutamaan mereka.

Seterusnya, Anthony juga menyindir UEFA yang dengan pantas menghukum kelab kelab di Turki dadn Romania sebelum ini atas kesalahan akaun mereka melebih had ditetapkan FFP dengan mendenda dan menggantung mereka daripada pertandingan Eropah.

Menurut Anthony, UEFA pilih kasih. Apabila tiba kepada kelab kelab besar seperti PSG, mereka sangat berlembut. Dan sudah beberapa kali PSG diberikan amaran dan akhirnya terlepas daripada hukuman.

Anthony menambah: “UEFA langsung tidak berbuat apa apa untuk memperbaiki imej organisasi mereka yang sebenarnya sudah muflis dari sudut moral dengan langsung tidak ada minat untuk membuatkan sukan ini lebih stabil.”

“UEFA berterusan hanya menghukum kelab lebih kecil yang melakukan kesilapan di pasaran perpindahan yang jauh lebih kecil berbanding PSG. Banyak kali dah, persepsi digunakan berbanding realiti.”

“Perbincangan harus diaadakan. Peraturan dalam bola sepak hanya akan berfungsi jika ianya melindungi semua pihak.”

“Kepada mereka yang menuduh saya hanya memetik nama PSG, ini dia, pada Mei lalu saya mengkritik Barcelona, atas sebab mereka melakukan perkara yang hampir sama.”

Lionel Messi sebelum ini gagal didaftarkan di La Liga oleh Barcelona kerana peraturan FFP di negara tersebut yang baru dirombak. Membuatkan Messi yang sudah setuju secara verbal dengan kontrak 5 tahun, terpaksa akur dan perlu mencari kelab baharu.

Baca juga artikel

Perisai Komuniti: Leicester Juara, Penalti Lewat Iheanacho Rosakkan Debut Pemain £100 Juta

Lukaku Sertai Chelsea, Harga €115 Juta, Gaji €12 Juta Semusim

Kecewa Tak Bermain Dengan Messi, Aguero Arahkan Peguam Semak Semula Kontrak