Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh NHK semalam, Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) sedang merancang untuk membuka pejabat mereka di eropah selaras dengan pertambahan bilangan pemain Jepun yang beraksi disana ketika ini.

Pertambahan pemain-pemain Jepun yang berhijrah ke eropah meningkat setiap tahun dan sehingga kini dilaporkan lebih 50 orang pemain sedang beraksi dengan pelbagai kelab diseluruh eropah dan JFA melihat wujud keperluan untuk mereka memberikan bantuan serta sokongan kepada pemain-pemain ini.

Sehingga kini, menurut laporan tersebut, lebih 50 orang pemain Jepun beraksi di eropah dan dengan kewujudan cawangan pejabat itu nanti akan memudahkan banyak urusan yang ketika ini mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan.

Selain itu, pelbagai lagi urusan berkaitan pasukan kebangsaan, perpindahan pemain, serta sokongan untuk pemain menyesuaikan diri di eropah akan menjadi lebih efektif dan dijangka akan menambahkan bilangan pemain Jepun yang berhijrah ke eropah dimasa depan.

NHK turut mendedahkan bahawa pejabat JFA itu berkemungkinan besar akan mula beroperasi sekitar bulan April 2020 dan 3 lokasi berpotensi sedang dipertimbangkan iaitu Belanda, Belgium dan Jerman.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

FA Thailand Umumkan Hak Penyiaran Thai League Akan Dipegang Konsortium Syarikat Tempatan Dan Antarabangsa.

Jersi ‘Fullset Player Issue’ Vissel Kobe Dijual Pada Harga RM1,320 Sehelai Kejutkan Peminat Bola Sepak Malaysia

Roberto Siucho Sudah Terima Pasport China, Pemain Kacukan Peru-China Beraksi Untuk Guangzhou Evergrande

Sumber