Pemain tengah, Jesse Lingard mengakui pengurus skuad kebangsaan England, Gareth Southgate memainkan peranan penting dalam menasihatinya supaya berkelana ke West Ham United secara pinjaman.

Langkah yang diambil tersebut nyata membuahkan hasil apabila pemain berusia 28 tahun itu berjaya menjelmakan aksi cemerlang dalam membantu pasukan baharunya.

Ia dibuktikan apabila Lingard berjaya meledakkan lima gol dan mencipta tiga bantuan jaringan pada tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris 2020/21 yang dilaluinya bersama West Ham United.

Kecemerlangan ditampilkan Lingard itu juga telah membolehkan namanya tersenarai bagi menyertai sesi latihan pusat skuad kebangsaan England dimana kali terakhir beliau membuat penampilan bersama pasukan tersebut adalah pada bulan Jun 2019.

Pinjaman yang boleh diibaratkan sebagai ‘mati hidup semula’ buat karier Lingard selepas beliau tidak mendapat tempat di hati pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer.

“Dia [Gareth Southgate] memberikan sokongan penuh dan kepercayaan terhadap saya, dia memberikan saya penampilan sulung bersama skuad kebangsaan Engalnd, dimana saya sangat berbangga dengan perkara tersebut.”

“Saya masih berhubung dengannya walaupun saya tidak dapat beraksi [di Manchester United], hanya untuk mendapatkan pendapat tentang apa yang seharusnya saya lakukan.”

“Ia hanya mengenai keputusan yang tepat untuk dilakukan, sama ada keluar ke negara Eropah lain atau terus sahaja kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris.”

“Dia berkata, ‘sekiranya saya berada di tempat kamu, saya akan terus kekal dalam Liga Perdana Inggeris’.”

“Selepas itu, adalah berkaitan dengan mencari pasukan dalam saingan ini dan ternyata West Ham cukup sempurna buat saya,” ujar Jesse Lingard menurut laporan dikeluarkan Goal.

Teruskan membaca artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Isaac Angking Pilih Puerto Rico, Peluang Wakili Malaysia Kini Tertutup

Mino Raiola Buat Perangai Lagi, AC Milan Mulakan Pencarian Penjaga Gol Baharu

Zamsaham Terkilan Tindakan 5 Bekas Pemain Kelantan

 

 

Sumber