Pemain pertahanan kiri Yokohama F Marinos yang berasal dari Thailand, Theerathon Bunmathan telah membuat lelongan jersi ‘match worn’ beliau ketika menjulang kejuaraan J1 League 2019 dan hasil lelongan itu akan diberikan kepada seorang bekas staf skuad kebangsaan Thailand yang kini mengidap kanser tahap 4.

Lelongan yang dimulakan pada 15 Disember 2019 yang lalu akan berakhir pada jam 9 malam ini dan terkini dilaporkan bahawa nilai bidaan tertinggi adalah THB500,000 atau RM68,451 dan mungkin akan meningkat lebih tinggi apabila tamat waktu bidaan nanti.

79484908_10157799090407943_4575312941124943872_o

Selain membuka lelongan jersi, Theerathon Bunmathan juga turut memaklumkan kepada semua pengikut beliau di laman sosial Facebook untuk menyumbangkan terus bantuan ke akaun Sanae​ Poonmanee bagi meringankan beban yang ditanggung.

Berdasarkan komen para pengikut Theerathon Bunmathan di Facebook, secara kasar dapat dilihat bahawa sumbangan secara terus ke akaun Sanae​ Poonmanee cukup memberangsangkan dan sedikit sebanyak mampu membantu bebanan beliau.

80577812_507712419832744_226788407966171136_n

Sifat-sifat sebegini bukan sahaja akan memacu pengikut untuk lebih menghargai diantara satu sama lain tetapi juga mampu untuk menaikkan lagi tahap ‘respect’ dan kredibiliti seseorang pemain itu sendiri. Sudahlah power, baik pula orangnya.

Malam ini juga, Theerathon Bunmathan akan mengumumkan siapa pembida bertuah dengan nilai bidaan paling tinggi dan beliau akan ‘autograph’ jersi tersebut sebelum menghantar kepada pemenang.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Thailand dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

‘Reserve Team’ Thai League Digantung Penyertaan Jika Gagal Berada Dalam ‘Top Half’ Liga Yang Mereka Sertai

8 Syarikat Hantar Bidaan Hak Penyiaran Thai League 2021-2028, FA Thailand Akan Meneliti 2 Bidaan Terbaik

Top 5 Kelab Thai League Yang Mencatat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group