Ahad lepas, Manchester United tampil dengan kit jersi ketiga yang berwarna biru gelap dengan corak M ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Southampton.

Jersi tersebut  turut dihiasi tiga garisan berwarna kuning yang sinonim dengan penaja rasmi kit mereka, Adidas. Ia diinspirasikan daripada ‘Class of 92’ dan mencuri tumpuan dalam kalangan peminat setia United.

Skuad kendalian Ole Solskjaer terikat 1-1 pada perlawanan tersebut namun penampilan kit jersi ketiga tersebut menjadi bualan  dan sempat dijadikan bahan lawak dalam kalangan  netizen. Seorang pengguna twitter sempat menyamakan warna jersi itu dengan tempat duduk kereta api Northern Rail.

Pelawak, Bob Mortimer pula menyukai jersi tersebut dan membandingkan dengan pakaian yang sering kali boleh dilihat di gudang bekalan untuk pembinaan.

Jersi terbabit yang disifatkan sebagai ‘pengubah perlawanan’ dimanfaatkan sepenuhnya dalam video promosi yang turut menampilkan bekas pengendali The Red Devils, Sir Alex Ferguson.

Video itu menampilkan Paul Pogba, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford serta pengurus mereka, Ole Gunnar Solskjaer.

Meskipun teruja dengan beberapa nama besar dimiliki pasukan itu namun segelintir penyokong tampak tidak yakin dengan pemilihan warna untuk kit terbabit.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah. 

Presiden Nice Salahkan Pemain Marseille Cetus Masalah

Paolo Maldini: AC Milan Lebih Kuat Berbanding Musim Lalu

Kobe Chong Sertai Kelab Liga Kejuaraan, Peterborough United