Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pelancaran jersi terbaharu pasukan JDT beberapa hari yang lalu telah mendapat perhatian dari beberapa portal dan komuniti berkaitan jersi diluar Malaysia seperti JerseyForum dari Indonesia dan FootyHeadlines.

Menurut ciapan laman Twitter JerseyForum, pada ketika ini pasukan JDT merupakan satu-satunya kelab yang memiliki ‘bespoke jersey’ daripada jenama Nike di rantau Asia Tenggara.

Sebelum ini kelab dalam aksi Thai League 1, Chonburi FC turut menerima ‘bespoke jersey’ daripada Nike, namun untuk musim semasa Chonburi FC cuma menerima ‘modified teamwear’ sahaja.

Memetik artikel dari FootyHeadlines pula, mereka mengatakan bahawa Chonburi FC kini tidak lagi menikmati ‘privilege’ tersebut dan mereka menggunakan jersi Nike Challenge III dengan customization minama – rekaan V-shaped dibawah logo kelab.

Jersi pasukan Chonburi FC.Pada tahun 2022, Nike meneruskan tajaannya kepada JDT untuk musim ke-lapan sejak 2014. JDT akan menggunakan jersi ‘Home’ dan jersi ‘Away’ terbaharu yang direka khas dengan teknologi tinggi. Kit kelab baharu JDT menampilkan teknologi ‘Nike Dri-Fit’.

Template Nike Challenge IIIPengenalan jersi baharu tersebut dilancarkan menerusi sebuah video berdurasi 4 minit 30 saat dengan menyaksikan penampilan beberapa pemain JDT.

Harga bagi kedua-dua jersi ini boleh didapatkan pada harga RM299 sehelai. Untuk pertama kalinya, Nike melancarkan jersi khas untuk saiz Wanita (RM299) dan juga saiz Kanak-kanak (RM235).

Harga jersi 2022 berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini kerana jersi yang dijual kepada penyokong kali ini adalah ‘Stadium Version’ yang menggunakan material (DRI FIT) yang hampir sama dengan rekaan replika.

‘Stadium Version’ menggunakan kain yang lebih berkualiti berbanding ‘Fan Version’ yang dijual pada beberapa tahun yang lepas dimana ia juga menyerupai rekaan asal.

Jersi JDT Nike 2022 kali ini adalah hampir sama dengan jersi pemain. Inovasi Nike fokus kepada potongan jersi dan produk bersifat ‘breathable’. Ini akan membolehkan penyokong merasai apa yang dipakai oleh pemain dan memberikan perhubungan yang lebih rapat antara mereka.

Para penyokong boleh mendapatkan jersi tersebut di JDT Online Store serta pengedar-pengedar berdaftar Southern Tigers Sdn Bhd (STSB) di semua daerah-daerah di negeri Johor.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

“Milik Siapa?” – Penampakan Rokok Marlboro Dan Lighter Alladdin Atas Meja Cetus Tanda Tanya Netizen.

Impak Segera Pratama Arhan, Pengikut Instagram Tokyo Verdy Meningkat 1100% Dalam 3 Hari

Kim Pan Gon Perkenalkan Barisan Kejurulatihan Harimau Malaya, Pembantu Jurulatih Tempatan Masih Misteri.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group