Pasukan Jepun tersingkir daripada saingan AFC B-23 Tahun selepas tunduk kepada pasukan Syria dengan keputusan 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Thammasat pada Ahad.

Jepun merupakan juara pada saingan edisi 2016 dan mereka menjadi salah satu pasukan yang dianggap sebagai pencabar utama bagi merebut trofi kejuaraan pada edisi kali ini.

Namun, segalanya tidak menjadi pada pertemuan menentang Syria dimana The Samurai Blue ketinggalan seawal minit ke-9 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Abdul Al-Rahman Barakat.

Ketinggalan pada minit-minit awal permainan membuatkan skuad kendalian Hajime Moriyasu itu menggandakan asakan dan mereka memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan Yuki Soma pada minit ke-30. Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan seimbang.

Memasuki separuh masa kedua, Jepun dan Syria saling melancarkan serangan namun nasib lebih berpihak kepada skuad kendalian Ayman Hakeem itu dimana mereka memperoleh gol kemenangan pada minit ke-88 menerusi Ahmad Dali.

Kekalahan di tangan Syria bermakna Jepun tersingkir daripada saingan dengan catatan dua kekalahan daripada dua perlawanan peringkat kumpulan.

Pada perlawanan pertama, mereka tewas kepada pasukan Arab Saudi juga dengan keputusan 2-1.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC B-23 di sini:

Vietnam Raih Keputusan Seri Pada Perlawanan Pembukaan Saingan AFC B-23 Tahun

Jepun Mulakan Saingan AFC B-23 Tahun Dengan Kekalahan Di Tangan Arab Saudi

Thailand Belasah Bahrain Pada Perlawanan Pembukaan Saingan AFC B-23 Tahun

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group