Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah saingan FIFA Club World Cup edisi 2021 ekoran kerajaan tempatan melanjutkan tempoh sekatan bagi membasmi pandemik COVID-19.

Saingan Club World Cup dijadualkan berlangsung pada Disember ini namun JFA terpaksa akur dengan keputusan kerajaan yang telah dibuat sebelum ini.

“FIFA boleh mengesahkan dimana JFA telah menarik diri daripada menjadi tuan rumah saingan Club World Cup ekoran situasi pandemik di negara tersebut.

“Oleh itu, FIFA mengucapkan terima kasih kepada JFA di atas kerjasama yang diberikan dan kami tidak sabar untuk kembali ke negara itu.

“Butiran lanjut mengenai hos alternatif akan diumumkan dalam masa terdekat,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh badan bola sepak dunia itu.

Beberapa pasukan bakal mengambil bahagian dalam edisi kali ini seperti Chelsea selaku pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim 2020/2021 selain kelab Mesir, Al Ahly dan kelab New Zealand, Auckland City.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Argzim Redzovic Bakal Dijadikan Pemain Naturalisasi

Park Hang-seo: Tiada Banyak Perbezaan Antara Vietnam Dan Australia

Isu Pertukaran Pemain: Empat Pegawai Perlawanan Digantung Tugas Selama Tiga Bulan