Jepun mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik kejohanan Piala Dunia 2018 walaupun tewas 0-1 ditangan Poland semalam.

1 lagi perlawanan kumpulan H yang berlangsung serentak adalah diantara Colombia bertemu Senegal yang berakhir dengan keputusan 1-0 berpihak kepada Colombia.

Dengan 2 keputusan tersebut, Colombia mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya selaku juara kumpulan H, manakala Jepun dan Senegal terpaksa ‘diheret’ kepada pengiraan FIFA Fair-Play Point bagi menentukan kedudukan selepas terikat.

jepun layak

Jika dilihat dari kedudukan kumpulan H diatas, Jepun dan Senegal mempunyai angka yang sama untuk semua perkara.

Menurut undang-undang ‘FIFA Tie-Breaker Rules‘, secara asasnya ada 3 perkara yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan iaitu:

    1. Jumlah mata yang lebih besar
    2. Perbezaan gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan
    3. Gol dijaringkan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

gqy5mkxxqse7qxovkeniSekiranya kedudukan diantara kedua-dua pasukan itu masih tidak dapat ditentukan dengan 3 perkara diatas, perkara-perkara berikut akan dilihat.

  1. Jumlah mata yang lebih besar dalam peringkat kumpulan diantara 2 pasukan yang terlibat
  2. Perbezaan gol dalam perlawanan peringkat kumpulan diantara 2 pasukan terlibat.
  3. Jaringan gol yang lebih besar dalam peringkat kumpulan diantara 2 pasukan terlibat.
  4. Nilai mata ‘fair-play’ yang lebih besar berdasarkan ‘fair play conduct‘, dimana kad kuning =-1, kad merah (2 kad kuning) = -3, kad merah ‘direct’ =-4, dan kad kuning & ‘direct’ kad merah =-5
  5. Undian

Dalam kes Jepun dan Senegal, dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan H, kedua-dua pasukan ini seri 2-2. Oleh yang demikian, Jepun dan Senegal mempunyai jumlah gol, bolos dan perbezaan gol yang sama.

Ini bermakna perkara 1 hingga 3 masih tidak dapat menentukan kedudukan Jepun dan Senegal.

Seterusnya, FIFA akan menggunakan kaedah pengiraan mata FIFA Fair-Play seperti dalam perkara 4.

Selepas tamat 3 perlawanan kumpulan H, gambar dibawah menunjukkan bilang kad yang telah dilayangkan kepada semua pasukan. Screen Shot 2018-06-29 at 1.01.33 AM Screen Shot 2018-06-29 at 1.01.50 AMJepun

Bilangan kad mengikut perlawanan bagi pasukan kumpulan H

jepun senegal

Berdasarkan jadual diatas, Senegal telah mengutip -6 mata hasil dari 6 layangan kad kuning berbanding Jepun hanya mengutip -4.

Oleh itu, Jepun berada dikedudukan yang lebih tinggi dari Senegal dalam kumpulan H sebagai naib juara kumpulan seterusnya layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia Russia 2018.