Pasukan Jepun memulakan saingan AFC B-23 Tahun dengan langkah kiri apabila tewas kepada Arab Saudi dengan keputusan 2-1 pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Thammasat.

Arab Saudi hadir dengan status underdog memandangkan mereka turun menentang pasukan yang sebelum ini muncul sebagai juara. Namun, mereka lebih berbahaya berbanding juara edisi 2016 itu dimana barisan serangan The Green Falcon sentiasa memberikan ancaman terhadap kubu pertahanan Jepun.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan seri tanpa jaringan. Bersambung babak kedua, Ayman Al-Khulaif membuka tirai jaringan apabila beliau bijak menyempurnakan hantaran daripada Abdulrahman Ghareeb.

Terkesan dengan jaringan Al-Khulaif, Japan meningkatkan asakan dan hasilnya lapan minit kemudian mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ryotaro Meshino.

Namun, kesilapan Makoto Okazaki yang menjatuhkan Firas Al-Buraikan dalam kawasan penalti pada minit-minit terakhir permainan membawa padah apabila pengadil memberikan sepakan penalti kepada Arab Saudi yang kemudiannya disempurnakan oleh Abdulrahman Ghareeb. Keputusan 2-1 kekal sehingga permainan tamat.

Kekalahan di tangan Arab Saudi merupakan kekalahan pertama skuad The Samurai Blue pada perlawanan peringkat kumpulan dalam sejarah kejohanan AFC B-23 Tahun.

Seterusnya, Jepun akan berdepan pasukan Syria manakala Arab Saudi akan turun menentang Qatar. Dua perlawanan ini akan berlangsung pada Ahad ini.

Baca artikel lain mengenai kejohanan AFC B-23 Tahun yang telah kami sediakan di sini:

Kejayaan Vietnam Mampu Beri Inspirasi Terhadap Pasukan ASEAN Yang Lain

Thailand Belasah Bahrain Pada Perlawanan Pembukaan Saingan AFC B-23 Tahun