Skuad Jepun yang kini berada dalam satu kumpulan dengan Malaysia di kejohanan AFC U16, tidak datang dengan ‘tangan kosong’. Mereka membawa sekurang-kurangnya 5 orang ‘pengintip’ yang akan hadir disetiap perlawanan untuk membuat analisa pasukan lawan.

Seperti dalam gambar diatas yang telah disumbangkan kepada Vocket FC, mereka ini bukan skuad kejurulatihan Jepun U16, tetapi merupakan penganalisa pemain serta mengkaji corak permainan pihak lawan sebelum informasi lengkap diberikan kepada ketua jurulatih.

42443948_2182774095277496_8274737288722776064_n

Dari maklumat yang diterima pihak Jepun sememangnya sangat ‘berminat’ dengan program bola sepak negara terutamnya NFDP dan sering menghantar pasukan mereka untuk menimba pengalaman. Namun sudah pastinya mereka tidak datang begitu sahaja kerana ada agenda lain yang lebih penting.

Kelibat 5 orang ‘pengintip’ ini berjaya dikesan dan mereka cukup aktif merekodkan apa sahaja maklumat yang diperlukan atau diminta oleh pihak kejurulatihan untuk rujukan mereka bagi menghadapi perlawanan sebenar.

Tugas seperti mereka ini dilihat santai tetapi keupayaan mereka untuk ‘membaca’ dan mentafsirkan apa yang dilihat untuk disampaikan kepada barisan kejurulatihan memerlukan satu kemahiran yang bukan semua orang mampu lakukan.

42320471_328640461228872_5718334202517127168_n

5 orang ini tidak termasuk seorang lagi jurukamera yang merakamkan perlawanan untuk perbincangan lanjut hasil analisis beserta video untuk mencari pendekat apakah yang paling berkesan untuk membunuh lawan.

Selain Jepun, kelihatan juga penganalisis dari Persatuan Bola Sepak Thailand serta barisan kejurulatihan Buriram United dalam perlawanan AFC U16 yang hadir untuk mengutip maklumat penting untuk pasukan mereka.