Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) mengesahkan pasukan kebangsaan akan menghadapi dua pasukan dari Afrika iaitu Cameroon dan Ivory Coast dalam satu siri perlawanan persahabatan yang akan diadakan di Belanda pada bulan hadapan.

Perlawanan persahabatan tersebut terpaksa diadakan di luar Jepun ekoran situasi pandemik Coronavirus (COVID-19) yang masih berada di tahap tidak menentu di negara itu.

Selain itu, bagi memastikan pasukan berada dalam keadaan terbaik menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2020/Piala Asia 2023, JFA merasakan perlu untuk menjalani dua perlawanan persahabatan agar pemain tidak hilang momentum sekaligus menjejaskan peluang pasukanuntuk layak ke pusingan ketiga.

Kedua-dua perlawanan ini akan diadakan di stadium milik kelab Eredivisie, FC Utrecht iaitu Stadion Galgenwaard. Aksi menentang Cameroon akan diadakan pada 9 Oktober manakala aksi menentang Ivory Coast akan berlangsung pada 13 Oktober.

Ketua jurulatih pasukan, Hajime Moriyasu masih belum menyenaraikan barisan pemain yang akan dibawa dan beliau dijangka akan mula memanggil pemain dalam jangka masa terdekat.

Dalam kumpulan F, Jepun kini menduduki tangga pertama dengan mengutip 12 mata, lima mata dihadapan pasukan di tangga kedua iaitu Kyrgyzstan.

Baca artikel lain tentang bola sepak Jepun di sini:

JFA Lantik Atsuto Uchida Sebagai Jurulatih ‘Role Model’, Tugasan Pertama Dengan Skuad Jepun U19

Pemain Profesional Wanita Jepun Ini ‘Buat Hal’, Sertai Kelab Bola Sepak Lelaki Di Jepun Secara Pinjaman Dari Chicago Red Stars

‘King Kazu’ Pecah Rekod Lagi, Muncul Pemain Paling Tua Dalam Piala Liga Jepun