Isu membabitkan jersi skuad AMD yang menjadi perhatian semalam dijangka akan menemui penyelesaian apabila dikatakan jenama KakiJersi akan diumumkan sebagai rakan penaja rasmi tidak lama lagi.

Berdasarkan maklumat yang diterima, perbincangan diantara pihak terbabit sudah berada peringkat akhir dan akan diumumkan selepas selesai semua proses hitam putih secepat mungkin.

Pakej penajaan yang dianggarkan selama 2 tahun itu akan menyaksikan semua skuad AMD akan memakai kelengkapan jersi jenama KakiJersi untuk pertandingan yang disertai oleh mereka dalam tempoh tersebut.

90184554_210140837004006_882018688679542784_o

Sebelum ini dikatakan pihak NFDP/AMD akan menggunakan kelengkapan Kool – sebuah jenama sukan luar negara, namun disebabkan kegagalan pihak pengeluar untuk memenuhi keperluan kelengkapan yang dijanjikan, ia tidak berjaya untuk ‘deliver’ kepada pihak NFDP/AMD.

Skuad AMD juga pernah menggunakan jenama KakiJersi dalam kejohanan Piala SuperMokh 2019 dan dilaporkan telah memutuskan untuk meneruskan hubungan baik diantara kedua-dua pihak untuk tahun akan datang.

Mengikut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak NFDP semalam, majlis pelancaran jersi baru akan diadakan apabila menerima jersi dari pihak KakiJersi selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Sama-sama kita martabatkan jenama sukan tempatan!

Baca juga artikel lain berkaitan isu bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Ketua Jurulatih Myanmar ‘Perlekeh’ FIFA Ranking Malaysia, Salah Satu Sebab Perlawanan Persahabatan Dibatalkan

EKSKLUSIF: Zafuan Azeman Kongsi Perkembangan Beraksi Dalam Saingan Thai League 3

TERKINI: Tonton Video Paparan Keadaan Semasa Bumbung Stadium Shah Alam Yang Sangat Daif