Jenama Kronos yang telah bertapak di Malaysia kira-kira 20 tahun lalu, kini tampil dalam aksi yang lebih tinggi apabila produk mereka bakal digunakan oleh pemain-pemain yang akan beraksi dalam saingan CIMB Liga Super Malaysia dan Liga Premier.

Pihak Kronos juga dilihat akan lebih memberikan fokus kepada penjaga gol apabila mereka telah melantik 4 orang pemain yang beraksi di posisi tersebut sebagai duta produk mereka selama 2 musim iaitu musim 2020 dan 2021.

Mohd Farizal Bin Harun (Selangor FA), Mohd Remezey Bin Che Ros (UKM FC), Shafiq Afifi Bin Suhaimi (Perak FA 2), Muhammad Zarif Irfan Bin Hashimuddin (Felda United) adalah mereka bertuah untuk mnerima tajaan yang dianggarkan berjumlah RM100,000 sepanjang tempoh tersebut.

Kronos diasaskan pada tahun 1973, di Treviso, Montebeluna, Itali adalah pengeluar barangan bola sepak yang banyak menaja kelab bola di Itali.
Paragon Vest Sdn Bhd telah menjadi pengedar utama barangan Kronos sejak tahun 1998 di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand.

KAM00766

Dengan perlantikan ini Kronos Malaysia berharap, jenama ini akan mula mendapat tempat dihati peminat bola sepak tempatan kerana kualiti barangan Kronos setanding dengan jenama terkemuka yang telah lama bertapak di Malaysia.

Kronos berharap jenama ini akan terus bersaing untuk mencapai mutu yang tertinggi dengan teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk seperti kasut bola, sarung tangan, pakaian dan aksesori.

Peminat bola sepak boleh mendapatkan barangan Kronos di SportsDirect Malaysia, Al Ikhsan dan juga pengedar yang sah di seluruh Negara.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Kaki Jersi Sah Tandatangan Penajaan Jersi Kelab Bola Sepak Milik Honda Keisuke Selama 1 Musim

Kualiti Jersi Yang ‘Cikai’ Punca Utama Majlis Pelancaran Jersi Perak FA 2020 Ditangguhkan?

Jual Jersi Kelab Guna Van Ala ‘FoodTruck’, Cara Yang Boleh Diambil Peduli Kelab Liga Malaysia