Ketua jurulatih pasukan Sabah, Jelius Ating yakin pasukan bimbingannya mampu untuk mengejutkan Johor Darul Ta’zim II sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan mereka di puncak dalam carta Liga Perdana musim ini.

Kedua-dua pasukan akan bertembung pada esok dimana ketika Sabah berada di puncak dengan kelebihan satu mata di hadapan JDT II. Menurut Jelius, beliau sudah mempunyai perancangan untuk mengejutkan pasukan bimbingan Ervin Boban itu.

“Tiada yang mustahil. Jika mereka (JDT II) mampu tewaskan kita di Likas pada awal musim ini, kenapa pula kita tidak mampu mengejutkan mereka di Pasir Gudang.

“Kami sudah kenal pasti kekuatan serta kelemahan mereka dan kami ada perancangan sendiri untuk hadapi mereka,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Rawilson Batuil

Photo NSTP/KHAIRULL AZRY BIDIN.

Menurut Jelius, kehadiran semula ketua pasukan, Rawilson Batuil bakal memberikan kelebihan kepada pasukan khususnya di bahagian pertahanan.

“Hanya Rawilson saja yang akan kembali beraksi menggantikan Maffry (Balang) dan Azzizan (Nordin) juga mungkin akan direhatkan.

“Maffry tetap tersenarai sebagai pemain simpanan dan kita akan merehatkan Azzizan yang baru pulih dari kecederaan kerana kita mahu dia cergas sepenuhnya untuk aksi akan datang,” tambahnya.

Jelius dijangka menurunkan kesebelasan terbaik beliau dimana dua penyerang import, Rodoljub Paunovic dan Aguinaldo Mendes Veiga dijangka terus menggalas tugas bagi mencari jaringan untuk Sabah.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group