Hari ini pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui pengarah sukan mereka, Alistair Edwards mengeluarkan satu kenyataan rasmi telah menamatkan kontrak pemain muda mereka Hadi Fayyadh Abdul Razak pada bulan Ogos 2018.

Menurut kenyataan itu lagi, penamatan kontrak Hadi Fayyadh bersama pasukan JDT itu telah dibuat kerana melihat kesungguhan beliau untuk pergi ke Jepun dan penamatan kontrak itu juga akan memudahkan proses rundingan Hadi Fayyadh bersama kelab-kelab yang berpotensi.

Hadi Fayyadh sebelum ini telah berada di Jepun selama seminggu, menghadiri satu sesi percubaan bersama sebuah pasukan J2 League, Roasso Kumamoto.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah melepaskan Hadi Fayyadh Abdul Razak bagi membolehkan beliau meneroka…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, September 1, 2018

Melalui maklum balas yang diterima dari ketua jurulatih, Takao Nakayama dan pengarah akademi bola sepak Roasso Kumamoto, Hideaki Fujiwara menyatakan Hadi Fayyadh mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai pemain yang bagus dengan susuk fizikal yang dimilikinya.

Pemilihan Hadi Fayyadh untuk menyertai sesi percubaan itu adalah berpunca dari aksi yang dipamerkan ketika skuad bimbingan Bojan Hodak muncul dalam pertandingan Piala Sanix di Fukuoka awal Mac lalu.

HADI FAYYADH

Ketika itu, ada beberapa kelab yang cuba ‘merisik’ Hadi Fayyadh seperti yang dimaklumka oleh Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada, orang yang bertanggungjawab mengarutkan penyertaan skuad Malaysia dalam kejohanan itu.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari Roasso Kumamoto atau kelab lain mengenai perpindahan bintang muda negara itu.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group