Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mengumumkan kerjasama antarabangsa dengan UNICEF sekaligus menjadi kelab yang pertama Asia bekerjasama dengan sebuah organisasi terkemuka dunia itu.

UNICEF merupakan sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Organisasi ini beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.

Perkembangan itu diumumkan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam sidang media sebentar tadi. Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Dr Rashed Mustafa Sarwar yang merupakan wakil UNICEF, Malaysia dan Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora.

”UNICEF akan menjadi rakan rasmi kami bagi menghadapi musim 2021. Saya merasakan ini merupakan pengiktirafan yang sangat besar untuk bekerjasama dengan salah satu badan organisasi terbesar yang telah banyak melakukan khidmat kemanusiaan di seluruh dunia.”

”Saya sangat bangga untuk mengatakan bahawa kami JDT akan menjadi menjadi rakan rasmi untuk bersama-sama berganding tenaga dalam kerjasama yang luar biasa ini,” kata TMJ.

tmmj

JDT akan menjalinkan kerjasama dengan UNICEF selama satu tahun dan kini sebaris dengan kelab gergasi dunia seperti Barcelona, Manchester United dan Olympiacos yang pernah bekerjasama dengan organisasi tersebut.

Logo UNICEF juga kemungkinan akan dipamerkan pada jersi baharu JDT untuk musim 2021 dan pasti dinanti-nantikan oleh para penyokong setia pasukan itu.

Menurut TMJ, kerjasama ini tidak semestinya melibatkan wang ringgit sahaja tetapi sekaligus akan memupuk kesedaran di antara masyarakat seluruh Malaysia dan menaikkan nama JDT di seluruh dunia.

“Mentaliti saya dan sesetengah pihak dalam negara berbeza. Sebagai contoh, semua kelab boleh menandatangani pemain bola sepak tetapi bukan semua kelab mendapat pengiktirafan daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa.

“Kejayaan komersial, jenama dan aset kelab adalah yang pertama. Jikalau kelab tiada duit, kelab tidak dapat menandatangani pemain dan tanpa pemain yang bagus, pasukan tidak dapat mencapai kejayaan di dalam padang.

“‘Brand awarenes’ juga bermaksud pengiktirafan bahawa peranan JDT adalah lebih besar daripada hanya sebuah kelab bola sepak,” katanya.

TMJ dijangka akan mengumumkan nama pemain baharu untuk musim depan dan musim 2022 malam ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

KFA Perkenalkan Logo Baharu Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman

Pulau Pinang Cabar Perak Dapatkan Khidmat Hadin Azman

Zaquan Adha Kembali Sertai Negeri Sembilan, Bakal Dilantik Sebagai Ketua Pasukan