Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menerokai pelbagai sukan lain apabila mereka bakal menubuhkan pasukan Hoki Ais dalam tempoh sebulan.

Malah, menurut kenyataan rasmi Johor Southern Tigers, sebuah gelanggang hoki ais akan dibina bersebelahan dengan Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismail di Iskandar Puteri.

Sebelum ini, jenama JDT turut terdapat pada pasukan Boxing. Mereka menjuarai pelbagai anugerah di peringkat Asia melalui Muhammad Farkhan Haron yang mengetuainya di dalam gelanggang.

Ia adalah satu perancangan yang bijak untuk mengukuhkan jenama JDT di peringkat antarabangsa.

Hoki ais ialah sejenis sukan berpasukan yang dimainkan di atas ais. Tujuannya cuba memasukkan “puck” menggunakan kayu pemukul ke dalam gol lawan. Sukan ini biasanya berlangsung di dalam dewan.

Hoki ais sangat popular di Kanada, Eropah tengah dan timur, negara Nordik, Rusia dan Amerika Syarikat. Hoki ais adalah sukan musim sejuk rasmi negara Kanada. Di samping itu, hoki ais juga banyak dimainkan di Belarus, Croatia, Republik Czech, Finland, Latvia, Slovakia, Sweden, dan Switzerland.

Malaysia juga terdapat pasukan hoki ais yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan kini berada di ranking 53 dunia. Antara pencapaian terbaik negara ialah naib juara Piala Cabaran Asia pada tahun 2008 dan pingat gangsa Sukan SEA 2017.

Skuad negara juga sepatutnya menyertai Kejohanan Dunia pada tahun lepas namun ia terpaksa ditangguhkan kerana penularan wabak COVID-19.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Selangor 2 Diperkuatkan ‘Wonderkid’ Myanmar Hadapi Saingan Musim 2021

Mempunyai Ketinggian 191 cm, Mamadou Wague Bakal Berganding Dengan Herold Goulon Dalam Skuad Pahang

Semua Pasukan Liga Malaysia Sedia Ikuti SOP