Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir meraih kejuaraan liga buat kali kelapan berturut-turut selepas menewaskan PJ City 2-0 dan ia merupakan kemenangan ke 15 mereka pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ.

Di awal permainan, JDT mencemaskan benteng pasukan tuan rumah apabila Arif Aiman mudah melepasi dua pemain pertahanan namun rembatannya lemah.

Pada minit ke 27, mereka akhirnya membuka akaun jaringan pertama melalui Bergson Da Silva yang kini muncul sebagai penjaring kedua terbanyak liga selepas meledak 20 gol selepas menyudahkan hantaran Arif Aiman yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol pelawat dari sebelah kiri.

PJ City yang dibarisi oleh pemain tempatan sepenuhnya jelas mempunyai masalah di bahagian serangan dan tidak banyak percubaaan berbahaya dilakukan oleh mereka sebaliknya perlawanan dikuasai oleh JDT. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, JDT bermula dengan garang dan mempunyai peluang terhidang untuk menambah gol kedua tetapi masih gagal disudahkan oleh Safawi Rashid dan Arif Aiman.

Percaturan JDT memasukkan Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid bagi menggantikan tempat dua pemain tersebut membuahkan hasil yang lumayan apabila Sumareh merembat masuk hantaran cantik dari Akhyar pada minit ke 83.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan JDT kini hanya memerlukan 3 mata lagi dalam perlawanan menentang Sri Pahang pada hari jumaat ini untuk dinobatkan sebagai juara Liga Super musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Tok Gajah Rebah Di Halaman Sendiri

Liga Super 2021: Perak Semakin ‘Tenat’, Selangor Kekalkan Kecemerlangan

Subkhiddin Salleh: “Pemain Jersi Biru Nombor 7 Perlu Dihukum Dengan Kad Merah”

FAM Tangguh Pengambilan Pemain Naturalisasi Untuk Harimau Malaya