Peminat setia Harimau Selatan berpeluang menyaksikan semua perlawanan AFC Champions League (ACL) pada musim 2022 apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) dipilih sebagai tuan rumah peringkat kumpulan.

Saingan ACL akan dijalankan secara venue berpusat bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di beberapa negara. Semua perlawanan peringkat kumpulan Zon Asia Timur akan berlangsung pada 15 April hingga 1 Mei 2022.

Ini kali keempat JDT bertanding dalam saingan ACL dan skuad kendalian Benjamin Mora itu pernah mengejutkan Kashima Antlers (1-0) di Stadium Larkin dan menewaskan juara Piala FA Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings, 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Mempunyai kelebihan beraksi di halaman sendiri, pemilik kelab, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) tetap bersikap realistik dan yakin dengan kemampuan barisan pemain kali ini untuk mencapai sasaran melepasi peringkat kumpulan.

“Insya-Allah kalau kita dapat melepasi peringkat kumpulan itu lebih daripada cukup. Saya ini suka sasaran realistik, saya tidak suka bagi penyokong saya janji-janji manis atau pun cerita-cerita dongeng,” titah baginda seperti dipetik dalam Bernama.

JDT diundi dalam kumpulan I yang melibatkan juara J-League, Kawasaki Frontale, kelab Liga Super China, Guangzhou FC dan satu lagi pasukan akan ditentukan melalui slot play-off sama ada Ulsan Hyundai atau Port FC.

TMJ turut menyatakan seorang lagi pemain import dari Sepanyol bakal hadir menyertai pasukan. Namun, maklumat lanjut mengenai pemain tersebut tidak boleh didedahkan ketika.

Berdasarkan persiapan pra-musim di Dubai pada minggu lalu, JDT kali ini dilihat lebih bersedia untuk gegarkan pasukan gergasi Asia selepas mereka menewaskan kelab UAE, Shabab Al Ahli (1-0) dan seri menentang 3 kelab Eropah, MSK Zilina (2-2), Riga FC (1-1) dam Spartak Moscow (1-1).

Baca artikel lain mengenai perkembangan JDT melalui pautan dibawah.

JDT & Malaysia Airlines Jalin Hubungan, Mahu Martabatkan Bola Sepak Tempatan Ke Tahap Tertinggi

JDT Lancar Jersi Musim 2022, Turut Tampil Dengan Versi Wanita & Kanak-Kanak

JDT Lantik Bekas Pakar Nutrisi Boca Juniors Seliakan Diet Pemakanan Pemain