Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sudah jauh meninggalkan pasukan lain dalam Liga Malaysia dari segi fasiliti apabila mereka merancang untuk menaiktaraf Stadium Sultan Ibrahim dengan menyediakan kolam renang dan ‘lounge’ untuk ahli kelab itu.

‘Lounge’ daripada perkataan Inggeris, bermaksud ruang tamu , bilik tunggu atau bilik berehat,.  Anda juga boleh menamakan gaya muzik atau bar minuman.

Bar lounge, adalah lounge di mana orang dapat bertemu, berinteraksi dengan santai dan menikmati beberapa minuman. Ia adalah tempat di mana muzik lounge dimainkan, yang tidak terlalu kuat, membolehkan orang berbual dan bersantai.

Dalam konteks stadium bola sepak, ruang ini dijadikan tempat yang selesa untuk para tetamu kehormat (VIP) serta peminat setia kelab menikmati perlawanan sambil minum dan makan.

72c5c499ce5afeab8e055f1f5e719fc2
Contoh ruang ‘Lounge’ milik Manchester City di Stadium Etihad.

Namun, pemilik kelab JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail (TMJ) mahukan kelainan dengan menempatkan ruang kolam renang di Stadium Sultan Ibrahim untuk ahli kelab menikmati perlawanan dengan pengalaman yang berbeza.

Jika projek itu menjadi kenyataan, Stadium Sultan Ibrahim akan menjadi stadium yang pertama di Asia yang mempunyai kemudahan itu dan pasti menjadi tarikan terbaharu di negeri Johor.

Stadium yang dilengkapi dengan kolam renang banyak terdapat di Amerika Syarikat seperti yang dimiliki oleh pasukan ‘Football’, Jacksonville Jaguars dan beberapa pasukan besbol.

unnamed
Penyokong Jacksonville Jaguars menyaksikan perlawanan NFL sambil mandi di kolan renang di Stadium TIAA Bank Field
maxresdefault
Penyokong mandi di kolam renang Stadium Chase field, Amerika Syarikat ketika perlawanan besbol.

Selain itu, JDT turut mengumumkan pembinaan Pusat Latihan baharu di Iskandar Puteri yang kini sedang dibersihkan menjelang pembinaannya.

Kawasan ini terletak bertentangan Stadium Sultan Ibrahim dengan fasiliti bertaraf dunia dan lengkap dengan pelbagai jenis padang termasuk padang tiruan dan ‘indoor’, stadium mini, asrama belia, gimnasium, pejabat-pejabat, pusat medikal, kolam renang, auditorium dan banyak lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan JDT melalui pautan dibawah.

JDT Bayar RM1.6 Juta Dapatkan Khidmat Bergson Secara Tetap

TMJ Dedahkan Perancangan Masa Depan JDT, Gonzalo Cabrera Sebagai Pemain Naturalisasi 2022?

Alistair Edwards: JDT Pinjamkan Beberapa Pemain Ke Melaka United, Sri Pahang, Sabah Dan UiTM