Tahniah untuk pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mencipta sejarah layak ke saingan kalah mati kejohanan kelab elit benua Asia iaitu AFC Champions League 2022!

4 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan dalam saingan kumpulan I berdepan dengan gergasi bola sepak Asia lain seperti Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale telah membuktikan bahawa JDT kini bukan sekadar setaraf tetapi sudah mencapai tahap pencabar untuk kelab-kelab elit lain di Asia Timur terutamanya.

Hasil dari prestasi yang menakjubkan itu juga telah membolehkan pasukan JDT menerima hadiah wang tunai seperti yang telah ditetapkan oleh pihak AFC dalam buku peraturan kejohanan 2022, dimana setiap kemenangan akan menerima USD50,000 (RM217,744) dan seri pula akan menerima USD10,000 (RM43,548).

Maka, dari 4 kali menang dan 1 kali seri tersebut pasukan JDT akan menerima wang tunai bonus prestasi peringkat kumpulan sebanyak USD210,000 atau sekitar RM914,526!

Selain itu, dalam buku peraturan yang sama juga ada menyatakan bahawa mana-mana pasukan yang layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik akan menerima bonus penyertaan sebanyak USD100,000 atau RM435,488 lagi.

Oleh itu, setakat ini pasukan JDT sudah pun mengumpul hadiah wang tunai sebanyak USD310,000 atau sekitar RM1,350,014. Lumayan kan?

Kini, JDT sudah boleh berehat seketika sebelum melakukan persiapan rapi untuk bertemu lawan pada peringkat kalah mati yang dijadualkan akan berlangsung pada 18 atau 19 Ogos nanti di venue yang sama.

Sekiranya JDT berjaya lolos ke peringkat suku akhir AFC Champions League 2022, habuan wang tunai sebanyak USD150,000 atau RM653,221 akan menjadi milik mereka dan membolehkan mereka mengumpulkan bonus lebih RM2 juta!

Sama-sama kita nantikan pengesahan pasukan manakah yang akan bertemu JDT diperingkat seterusnya sama ada Melbourne City FC atau Urawa Reds Diamonds. Pilihan anda?

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

“Rasa Macam Raja, Tak Dapat Macam Ni Di Jepun!” – Penyokong Frontale Teruja Lihat Polis ‘Escort’ Bas Pemain

Kawasaki Frontale Gagal Buat ‘Shot On Target’ Buat Kali Pertama Dalam J1 League Dan ACL Sejak 2017

JDT Kukuhkan MA Ranking Malaysia, Bawa Pulang Wang Tunai RM211,774 Selepas Benam Guangzhou FC