Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenan untuk mengurniakan semula insentif RM500,000 kepada Kerajaan Negeri Johor atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2019 pada minggu lepas.

Menurut kenyataan daripada Johor Southern Tigers (JST) wang tersebut akan digunakan untuk menampung kos pembelian bot-bot pengutip sampah untuk tujuan pembersihan sungai-sungai di Negeri Johor.

“Ini merupakan sumbangan dari DYAM Tunku Mahkota Ismail dan JDT dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar dan mengatasi masalah pencemaran yang berlaku,” kata kenyataan itu.

Bot pembersihan sungai menggunakan Teknologi Interceptor yang berasal dari Belanda, berupaya mengutip sehingga 5,000kg sampah sarap setiap hari. Selain menggunakan tenaga solar secara sepenuhnya, bot tersebut mampu beroperasi 24 jam sehari.

Di Malaysia, Selangor merupakan lokasi kedua di dunia yang menggunakan bot tersebut untuk membersihkan kawasan sungai klang.

B14EDE87-642A-4A3B-91E4-6FF180E594DC
Bot pembersihan sungai yang digunakan di negeri Selangor.

Melalui penggunaan teknologi ini, anda boleh melihat pelbagai sampah sarap dikutip dari sungai seperti Helmet, handbag, botol, beg sampah, besi buruk, perkakasan elektrik, baju, yang dibuang oleh manusia.

Usaha yang dilakukan oleh Tunku Ismail wajar dipuji kerana sungai merupakan nadi pertumbuhan ekonomi setempat, di mana perniagaan-perniagaan, kedai-kedai dan sebagainya akan aktif dengan kegiatan ekonomi bersama orang ramai dan pelancong.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan JDT melalui pautan dibawah.

Rafael Gil Sanchez Diumumkan Sebagai Jurulatih Baharu JDT II

Buka Peluang Bagi Pemain Muda, JDT II Akan Lepaskan 16 Pemain Pada Musim 2020 Dan Jimat RM5.6 Juta

JDT Tinggalkan Stadium Larkin Dengan Pencapaian Yang Cukup Hebat