Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pasukannya lebih selesa memegang status “underdog” sambil menganggap Kedah dan Selangor merupakan pilihan untuk menjuarai Liga Super musim 2020.

Tunku Ismail berkata demikian pada satu sesi No Hold Barred semalam dimana baginda menetapkan sasaran untuk JDT berada di kelompok empat pasukan teratas dalam saingan Liga.

“Saya tidak nampak mereka sebagai pencabar, tetapi sebagai juara kerana mereka dah melabur banyak sehingga RM30 juta. Mereka sepatutnya jadi juara.

“Kita pun tak ada duit nak melabur banyak macam tu dan boleh beli pemain dengan mudah. Kami hanya sasarkan berada di kedudukan empat terbaik sahaja,” kata TMJ.

Kedah membuat pembelian besar-besaran menjelang saingan musim hadapan apabila menandatangani bekas pemain import PKNS FC, Kpah Sherman dan bekas ketua pasukan Terengganu FC, Kipre Tchetche bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan.

JDT
Sumber Gambar: Kedah FA

Selain itu, juara Piala FA 2019 turut menandatangani beberapa pemain tempatan yang beraksi bersama skuad kebangsaan seperti Irfan Zakaria dan Hadin Azman bagi mengukuhkan bahagian tengah serta posisi sayap.

Untuk makluman, Johor Darul Ta’zim dan Kedah akan menjadi wakil Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2020 dimana JDT terus beraksi di peringkat kumpulan manakala Kedah akan mengharungi peringkat kelayakan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

TMJ: Pemain Perlu Tahu Menjaga Imej, Jenama Dan Kepentingan Kelab, Bukan Memperbodohkan Diri Di Laman Sosial

Shakir Saari Sertai Barisan Kejurulatihan Johor Darul Ta’zim

Aaron Niguez Kembali Perkuatkan Johor Darul Ta’zim