Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini telah memperkenalkan ‘Luciano Figueroa Stand’ di kawasan tempat duduk Stadium Sultan Ibrahim. Ia adalah untuk mengenang jasa bekas pemain import skuad itu pada musim 2014-2016 yang kini merupakan pengurus pasukan iaitu Luciano Figueroa.

Perasmian ‘stand’ yang diabadikan dengan nama pemain itu telah disempurnakan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bersama Duta Besar Argentina ke Malaysia, H.E Manuel Balaguer Salas.

“Kelab ini akan sentiasa memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada orang yang berjasa dan mencipta sejarah kepada kelab,” titah DYAM Tunku Ismail.

119792225_1812016665628291_4024178442940229643_o
FOTO: JST

Secara tak langsung JDT merupakan satu-satunya pasukan Liga Malaysia yang telah mengabadikan nama pemain di stadium sepertimana amalan yang dilakukan oleh kelab dari seluruh dunia untuk mengenang jasa mereka.

Malah, Figueroa juga merupakan antara nama besar dalam bola sepak kerana pernah beraksi dengan skuad Argentina bersama bintang terkemuka dunia seperti Carlos Tevez, Cambiasso, Juan Riquelme dan Pablo Aimar.

Beliau menyertai JDT dari kelab gergasi Greece, Panathinaikos FC pada tahun 2014 dan kekal selama dua musim sebagai pemain. Sepanjang beraksi dengan skuad Harimau Selatan, beliau telah menjaringkan 43 gol dan 14 bantuan jaringan dalam 71 perlawanan.

119862586_1812017365628221_2047502392862514029_o
FOTO: JST

Sebelum dilantik menjadi Pengurus JDT pada bulan Ogos 2018, Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Duta Kelab pada tahun 2017.

Bersama JDT, beliau memenangi dua kejuaraan Liga Super Malaysia (2014 & 2015), Piala Sumbangsih 2015 dan Piala AFC 2015 sebagai pemain. Figueroa juga berjaya memenangi dua lagi Piala Sumbangsih (2019 & 2020), Liga Super 2019 dan juga Piala Malaysia 2019 sebagai pengurus.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Mario Gomez Rindu Melatih Pasukan Liga Malaysia, Minat Untuk Bersama Selangor Jika Ada Tawaran

BG Pathum United Mahu ‘Bawa Pulang’ Teerasil Dangda, Perebutan Posisi Penyerang Makin Sengit

FIFA Arahkan Anderlecht Bayar RM2.56 Juta Kepada Buriram United, Komisen Penjualan Frank Acheampong Masih Tertunggak