Semalam, badan pengendali liga iaitu Malaysia Football League (MFL) mengumumkan perancangan mereka untuk meneruskan saingan Liga Malaysia 2020 pada bulan September ini jika mendapat kelulusan rasmi daripada kerajaan.

Semua pasukan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) latihan dan perlawanan Liga-M yang dikeluarkan FAM dan MFL berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta garis panduan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Mengikut perancangan baharu itu, saingan Liga Super dan Liga Premier akan berlangsung sebanyak 11 perlawanan sahaja kerana MFL ingin mengurangkan kepadatan jadual dengan merombak format pertandingan serta membatalkan saingan Shopee Piala FA dan Challenge Cup.

Perancangan baharu kalendar Liga Malaysia 2020 itu turut mengambil kira faktor-faktor seperti penundaan tarikh Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, penundaan tarikh ACL 2020 yang melibatkan JDT dan tarikh baharu kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijangka bermula pada 21 November sehingga 15 Disember 2020.

Juara CIMB Liga Super 2020 akan diberi slot automatik ke AFC Champions League 2021 manakala naib juara CIMB Liga Super 2020 dan juara TM Piala Malaysia 2020 diberikan slot ke Piala AFC 2021.

Namun jika kerajaan tidak memberi kelulusan untuk meneruskan saingan Liga Malaysia pada bulan September ini, MFL terpaksa membatalkan semua pertandingan pada musim ini.

Bagi menentukan wakil Malaysia ke pertandingan kelab anjuran AFC pada tahun depan, MFL akan mengambil keputusan pada musim 2019 dengan juara Liga Super 2019 akan mendapat slot automatik ACL 2021 manakala naib juara Liga Super dan juara Piala FA 2019 akan mendapat slot ke Piala AFC 2021.

Tiga pasukan itu ialah JDT (Juara Liga Super 2019), Pahang (Naib juara Liga Super 2019) dan Kedah (Juara Piala FA 2019).

Enam
JDT antara kelab dari Malaysia yang mempunyai Lesen AFC. Sumber Gambar: JST

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Esklusif MFL, Dato Ab Ghani menegaskan pelan perancangan ini akan dikaji semula pada Jun depan berdasarkan perkembangan semasa wabak pandemik.

“Kita akan memantau situasi semasa isu wabak COVID-19 dan akan mengemukakan permohonan semula mengenai perancangan jadual Liga Malaysia 2020 berdasarkan arahan terbaharu MKN, KKM dan KBS pada Jun nanti.

“Pihak MFL juga akan menitikberatkan soal keselamatan semua pihak yang terlibat dengan SOP perlawanan lebih ketat mengikut saranan MKN, KKM dan KBS andai Liga Malaysia musim 2020 dapat diteruskan seperti yang dirancangkan itu.

“Perancangan Liga Malaysia dan SOP ini juga sudah MFL bentangkan dalam pertemuan dengan Datuk Seri Reezal pada 23 April lalu dan ini membuktikan bahawa MFL sentiasa bersedia berbincang dan mengikuti segala saranan serta arahan daripada MKN, KKM dan KBS sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Lagi artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Juara Piala Malaysia Dan Naib Juara Liga Super Dapat Slot Ke Piala AFC 2021 Jika Liga Malaysia 2020 Diteruskan

Peluang Harimau Malaya Layak Ke Piala Asia 2023 Boleh Terjejas Jika Liga Malaysia Dibatalkan