Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Walaupun perlawanan untuk kumpulan di Asia Timur masih belum tamat sepenuhnya ketika artikel ini ditulis, tetapi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya muncul sebagai pasukan paling banyak mengumpul mata AFC MA Ranking diperingkat kumpulan bagi saingan 2022 ini.

Kejayaan layak ke pusingan kalah mati itu juga sebenarnya telah membolehkan JDT diberikan 3 mata bonus dan seterusnya menjadikan mereka ketika ini mengumpul sebanyak 16 mata semuanya.

Bagaimana 16 mata ini diperolehi untuk aksi AFC Champions League 2022 sebenarnya?

Pasukan JDT telah meraih 4 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah dalam 6 perlawanan peringkat kumpulan.

Setiap kemenangan akan menyumbang sebanyak 3 mata, manakala keputusan seri pula akan diberikan 1 mata.

  • 4 menang x 3 mata: 12 mata
  • 1 seri x 1 mata: 1 mata

Berdasarkan prestasi dalam perlawanan peringkat kumpulan, JDT telah mengumpul 13 mata, dan dengan keputusan selaku juara kumpulan I, seterusnya layak ke peringkat kalah mati, JDT diberikan 3 mata bonus lagi.

Maka, secara keseluruhannya 16 mata telah disumbangkan oleh pasukan JDT setakat ini!

Arab Saudi berada dibelakang Malaysia dengan kutipan sebanyak 13.95 mata, diikuti oleh Jepun 12.975 mata dan Korea Selatan 12.30 mata. Qatar dan Iran pula masing-masing mengutip 11.50 mata dan 11.00 mata.

JDT Top 10 Asia Dan Ke-4 Asia Timur!

Jika dilihat dari jumlah kutipan mata secara keseluruhannya, dengan sumbangan mata dari pasukan JDT ketika ini telah berjaya melonjakkan kedudukan Malaysia di Top 10 Asia dan ke-4 di Asia Timur!

Berkenaan dengan slot untuk musim 2024 dan 2025 pula, masih belum dapat dipastikan sama ada Malaysia akan layak menerima slot 2+2 kerana masih bergantung kepada prestasi BG Pathum United dalam aksi seterusnya.

Bagaimanapun, slot 1+2 itu sudah dapat dipastikan berada dalam tangan Malaysia untuk aksi AFC Champions League musim 2024 dan 2025 nanti.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

JDT Raih RM914,526 Untuk Bonus Peringkat Kumpulan Dan RM435,488 Layak Ke Peringkat Kalah Mati

“Rasa Macam Raja, Tak Dapat Macam Ni Di Jepun!” – Penyokong Frontale Teruja Lihat Polis ‘Escort’ Bas Pemain

ACL 2022: Kawasaki Frontale Sah Tak Layak Ke Pusingan 16

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group