Baru-baru ini terdapat insiden yang tidak diingini membabitkan YouTuber dari Indonesia yang melawat Stadium Sultan Ibrahim ketika aksi TM Piala Malaysia 2022 diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang PJ City pada hari isnin lepas.

Difahamkan youtuber yang kenali sebagai Endhy TK mempunyai masalah dengan seorang Marshal di stadium tersebut apabila dilayan dengan buruk sehingga mematahkan semangatnya untuk menyaksikan perlawanan itu.

JDT dalam satu kenyataan rasmi hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada beliau dan mereka juga turut mengambil tindakan tatatertib ke atas Marshal itu.

“Walaupun perkara itu sudah diselesaikan antara pihak terbabit, JDT bagaimanapun kesal dengan kejadian tersebut dan telah mengambil tindakan tatatertib ke atas marshal terbabit sejurus melakukan siasatan dalaman.

“Kami juga ingin memohon maaf kepada YouTuber tersebut atas layanan yang diterima dan ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menjelaskan perkara tersebut dan memahami bahawa ia adalah insiden terpencil.

“Kami juga senang hati mendengar bahawa para marshal lain sangat membantu dan bertolak ansur.

“Kami juga telah mengingatkan para marshal dan semua kakitangan di kelab untuk sentiasa mengamalkan nilai-nilai kelab dalam bersikap sopan, mesra dan menghormati semua tetamu,” kata JDT dalam kenyataan rasmi.