Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan mereka telah melantik Vanesa Soledad Rotondi, mantan pakar nutrisi kelab terkemuka Argentina Boca Juniors sebagai pakar nutrisi kelab yang baharu.

Rotondi akan menyelia diet dan nutrisi kesemua pemain di kelab, termasuk menyediakan pelan pemakanan individu mengikut keperluan pemain dari semasa ke semasa.

Selain menyediakan fasiliti bola sepak yang terbaik dan latihan yang berkualiti, Harimau Selatan turut meletakkan penekanan yang besar terhadap sains sukan.

Pakar nutrisi ini berfungsi untuk membantu pemain mengikuti diet pemakanan yang betul semasa latihan dan pemulihan. Mereka juga perlu makan untuk mengambil tenaga semasa perlawanan.

Pemakanan atlet juga boleh mempengaruhi penyesuaian latihan, risiko kecederaan dan risiko penyakit.

Oleh itu, pakar nutrisi berada dalam pasukan untuk menyokong atlet dalam mencapai prestasi yang terbaik dengan memberikan perkhidmatan yang berasaskan bukti saintifik dan mengikuti falsafah utamakan makanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kedah Tekad Kalahkan JDT Untuk Jadi Juara Liga Super 2022

Tindak Balas Endrick Dos Santos Punca Insiden Pergaduhan Berlaku

Selangor Lancar Jersi ‘Away’ Musim 2022 Sempena Solidariti Bersama Pesakit Kanser Di Dunia

Melaka United Buat Kejutan, Umum Mat Yo Sebagai Pemain Baharu

Perak Bangkit Semula Dengan Logo Baharu

Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”