Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menerokai pelbagai sukan lain apabila mereka melancarkan pasukan Hoki Ais di Ibu Pejabat JDT di Stadium Sultan Ibrahim hari ini.

Ia adalah salah satu perancangan pemilik kelab, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) untuk mengukuhkan jenama JDT di peringkat antarabangsa.

“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menzahirkan kesungguhan untuk meningkatkan profil sukan tersebut di Malaysia dan pada masa yang sama mengembangkan jenama JDT dengan lebih luas,” kata kenyataan rasmi daripada Johor Southern Tigers. 

Selain itu, gelanggang hoki ais akan dibina di Iskandar Puteri, Johor sementara akademi akan dinaiktaraf untuk melahirkan lebih ramai lagi bakat. Kelab Hoki Ais JDT juga akan menghasilkan barangan untuk dijual kepada orang ramai.

Kejohanan pertama akan disertai mereka adalah Weekend Warriors League, sebuah liga domestik pada bulan Jun. 10 pemain telah dikenal pasti dan ditandatangani oleh kelab.

Sebelum ini, jenama JDT turut terdapat pada pasukan Boxing. Mereka menjuarai pelbagai anugerah di peringkat Asia melalui Muhammad Farkhan Haron yang mengetuainya di dalam gelanggang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Sarawak United Kekalkan Rekod Tanpa Bolos, Elavarasan Puji Aksi Taylor Regan

Jumlah Tontonan Liga Super Malaysia LS3 Lebih 3 Juta, 2 Minggu Berturut-Turut Rekodkan Purata Lebih Setengah Juta

Pengadil Gagal Kesan Simulasi Pemain PJ City Digantung 2 Minggu, 3 Pemain Dirujuk Ke Jawatankuasa Tatatertib FAM

Statistik Ringkas Perlawanan Kedua Liga Super 2021

Aksi Bertenaga Izreen Izwandy Dapat Pujian Bojan Hodak

Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian