Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kemenangan bergaya 2-1 keatas pendahulu saingan K League 1, Ulsan Hyundai semalam membuktikan bahawa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sememangnya sebuah pasukan bertaraf elit dalam platform bola sepak kelab di Asia.

2 kemenangan dalam 2 perlawanan pertama saingan AFC Champions League membolehkan JDT mendahului kedudukan dalam kumpulan I dan berbaki 4 perlawanan lagi untuk menentukan samada mereka berjaya lolos ke pusingan 16 terbaik atau pun tidak.

Selain itu, 6 mata penting yang dikutip oleh JDT itu sebenarnya telah berjaya melonjakkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia dan kini berada dikedudukan 15 Asia dengan kutipan mata keseluruhan 25.804 mata.

Dengan momentum yang dimiliki oleh pasukan JDT dalam aksi AFC Champions League ketika ini, mereka dijangka akan dapat membantu Malaysia mendaki kedudukan AFC MA Ranking lebih tinggi seterusnya berpeluang untuk memintas Vietnam dan Thailand bagi merampas slot 1+2 atau 1+1 pada edisi akan datang.

Vietnam pada ketika ini berada dikedudukan ke-12 Asia dan ke-5 Asia Timur dengan kutipan mata keseluruhan 29.914 mata – perbezaan 4.11 mata, manakala Thailand pula mengumpul 29.107 – perbezaan sebanyak 3.303 mata sahaja!

Berikut adalah kedudukan semasa kumpulan I selepas tamat 2 perlawanan semalam.

Kemenangan semalam juga membolehkan JDT meraih hadiah kemenangan USD50,000 lagi dan menjadikan keseluruhan jumlah kepada USD100,000 atau sekitar RM425,455 selepas 2 kali mencatatkan kemenangan.

Inilah antara kelebihan dan keistimewaan beraksi dalam saingan bola sepak kelab elit di Asia!

Perlawanan seterusnya nanti, JDT akan bertemu juara saingan J1 League iaitu Kawasaki Frontale dan wakil dari Malaysia ini diramalkan memiliki ramuan untuk melakar 1 lagi kejutan.

Sama-sama kita nantikan!

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

TERKINI: Akibat ‘Tunjal’ Kepala Bergson, Pemain Guangzhou FC Ditamatkan Kontrak, Ketua Jurulatih Dipotong Gaji 3 Bulan

JDT Kukuhkan MA Ranking Malaysia, Bawa Pulang Wang Tunai RM211,774 Selepas Benam Guangzhou FC

ACL 2022: JDT Terus Cipta Sensasi, Tundukkan Ulsan Hyundai

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group