Kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan pertama mereka berdepan Guangzhou FC beberapa hari yang lalu bukan sahaja memberikan momentum yang baik kepada pemain-pemain tetapi turut memberikan kesan kepada mata MA ranking Malaysia.

Seperti mana yang semua sudah sedia maklum, jumlah mata yang diperolehi dari perlawanan AFC Champions League ada ‘berkadar terus’ dengan pertambahan mata dalam kedudukan AFC MA Ranking.

Kemenangan 5-0 tempoh hari telah membolehkan JDT memungut 3 mata dalam peringkat kumpulan serta menambah 3 mata dalam AFC MA Ranking.

Berdasarkan pengiraan semasa yang dibuat oleh FootyRanking, Malaysia telah mengutip 20.818 mata setakat ini termasuk 3 mata terkini dan berada dikedudukan ke-7 Asia Timur.

Selain itu,  JDT juga membawa pulang hadiah wang tunai kemenangan dalam peringkat kumpulan saingan AFC Champions League sebanyak USD50,000 atau sekitar RM211,774 bagi setiap kemenangan yang diraih.

Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh AFC juga, jika keputusan seri dicapai oleh pasukan yang beraksi, hadiah wang tunai sebanyak USD10,000 atau sekitar RM42,354.

Sekiranya berjaya lolos dari aksi peringkat kumpulan,  setiap pasukan yang layak ke pusingan 16 terbaik akan menerima bonus wang tunai sebanyak USD100,000 atau sekitar RM423,549!

Mungkin wang tunai tidak menjadi keutamaan kerana aksi kompetitif dalam saingan bola sepak kelab paling elit di Asia ini bukan semua pasukan atau pemain mampu berada dalam ‘circle‘ sebegini.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

TERKINI: Akibat ‘Tunjal’ Kepala Bergson, Pemain Guangzhou FC Ditamatkan Kontrak, Ketua Jurulatih Dipotong Gaji 3 Bulan

Harimau Malaya Uji Myanmar Dan Hong Kong Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Hadi Fayyadh Kembali Dipanggil Sertai Skuad Malaysia B-23