Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini telah mengumumkan senarai 30 pemain yang akan dibawa bagi menghadapi saingan AFC Champions League (ACL) yang akan diadakan di Bangkok, Thailand.

Senarai ini diumumkan menerusi laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers dimana nama-nama besar seperti Bergson Da Silva, Safawi Rasid dan Safiq Rahim berada dalam senarai.

Namun, seorang pemain yang sudah sinonim dengan pasukan iaitu Gonzalo Cabrera tidak dibawa bagi menghadapi saingan edisi kali ini untuk membawa cabaran pasukan.

Sebaliknya, skuad bimbingan Benjamin Mora itu menyenaraikan finalis program realiti Mencari Ramli musim ke-6, Chia Ruo Han yang beraksi sebagai pemain tengah.

Selain Ruo Han, seorang lagi pemain yang lahir dari program tersebut, Ramadhan Saifullah yang merupakan finalis bagi musim ke-5 turut dipilih.

JDT diundi dalam kumpulan G bersama Nagoya Grampus (J. League), Pohan Steelers (K League) dan Ratchaburi (Thai League).

Pendahulu saingan Liga Super 2021 itu akan memulakan saingan dengan menentang Nagoya pada 22 Jun ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Akira Nishino Akui Kesilapan Memilih Pemain Punca Thailand Gagal Tampilkan Aksi Terbaik

Tan Cheng Hoe Tegaskan Prestasi Pemain Negara Bakal Dinilai

Bert van Marwijk Bangga UAE ‘Tapau’ Vietnam Untuk Muncul Juara Kumpulan G