Semalam merupakan perlawanan terakhir saingan Liga Malaysia 2020 sebelum ditangguhkan sementara sehingga tarikh baharu yang ditetapkan berikutan penularan wabak Coronavirus (COVID-19) sehingga mengancam kesihatan para pemain dan jurulatih.

Selepas 4 perlawanan CIMB Liga Super 2020, juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal di kedudukan teratas dengan 10 mata selepas mencatat 3 kemenangan dan satu keputusan seri ke atas FELDA United pada aksi tanpa penonton di Stadium Sultan Ibrahim hari sabtu lepas.

Skuad kendalian Benjamin Mora itu masih kekal dengan rekod tanpa kalah bersama pasukan Perak yang berada di tangga kedua dengan 8 mata selepas mencatat 2 kemenangan dan 2 seri.

Selain itu, kedudukan Melaka United dalam kelompok 5 teratas juga tidak berubah walaupun tewas tipis 0-1 kepada Pahang sehingga membolehkan skuad tok gajah melonjak kedudukan ke 4 liga.

ETKNFSBU4AARNBI
GRAFIK: MFL

Manakala peluang Terengganu FC untuk menghuni kedudukan ketiga liga terbantut selepas perlawanan menentang PJ City yang sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu lepas terpaksa ditangguhkan berikutan kegagalan pihak tuan rumah menyediakan venue perlawanan.

Malah, Selangor juga turut melepaskan peluang untuk merapatkan jurang dengan pasukan Perak selepas gagal mengutip 3 mata penuh dalam perlawanan menentang Kedah di Stadium Darul Aman semalam.

Kedah yang sebelum ini gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan awal apabila tewas dua kali bertemu JDT dan Terengganu, serta seri ketika bertemu UiTM FC kini berjaya memperoleh kemenangan dengan keseluruhan 4 mata di tangga ke 8.

Bagaimanapun, pendatang baharu Liga Super 2020, PDRM kekal di tangga terbawah liga selepas hanya mampu mengutip 1 mata dalam empat perlawanan yang diharungi dan berisiko diturunkan ke Liga Premier musim 2021 jika gagal mencatat sebarang kemenangan dalam perlawanan yang akan datang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Tanpa Pedulikan Amaran KKM Untuk Berkumpul, BOS Terus Bersorak Padu Diperkarangan Stadium Sultan Ibrahim

Sama Seperti BOS, Segelintir Penyokong Kuala Lumpur Tidak Pedulikan Amaran KKM

Perlawanan PJ City Menentang Terengganu FC Ditangguhkan Kerana Tiada Stadium