Juara bertahan saingan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi kelab pertama Malaysia yang menyediakan fasiliti bagi pemain akademi pasukan.

Perkara ini dikongsikan oleh kelab tersebut menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana kelab tersebut memiliki 3 venue latihan. Venue tersebut terletak di Padang Tapak Universiti Teknologi Malaysia di Johor Bahru, Padang Mawar di Pasir Gudang dan Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah di Skudai.

Selain mempunyai venue, JDT turut memperkasakan pembangunan mereka apabila Pengarah Teknikal, Alistair Edwards menjadi penyelia sambil dibantu oleh Pengurus Pembangunan K.Sukumaran dan pasukan mereka yang terdiri dari Pengarah Akademi, Pegawai Perhubungan Akademi, Ketua Pencarian Bakat, Ketua Kecergasan, Ketua Fisiologi, dan Penyelaras untuk kumpulan pemain dengan umur yang berbeza, dan lain-lain.

Selain itu, Akademi JDT kerap kali memberikan pendedahan kepada semua pemain di setiap peringkat umur ke pertandingan bola sepak tempatan dan antarabangsa. Sebagai tambahan kepada pertandingan ini, pemain dari setiap kumpulan umur didedahkan kepada sekurangnya minimum 15 perlawanan persahabatan setiap tahun.

Aktiviti-aktiviti ini dapat membantu mempercepatkan perkembangan pemain-pemain kerana mereka memperolehi lebih banyak pengalaman pertandingan.

JDT

Bagi mendekatkan hubungan dengan komuniti dan orang awam, Akademi JDT mengadakan banyak aktiviti lain selain daripada bola sepak akar umbi seperti ceramah motivasi, kelas bahasa, kursus bimbingan dan banyak lagi.

Ini menjadikan Akademi JDT sebagai akademi pertama di Malaysia yang dianugerahkan dengan keahlian emas Piagam SupaRimau FAM.

Baca artikel lain mengenai Johor Darul Ta’zim di sini:

Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) Muncul Sebagai Penerima Anugerah Ahli Emas Pertama Piagam SupaRimau FAM

JDT Kembali Beraksi Dalam Saingan AFC Champions League Pada Bulan Oktober

JDT Nafi Ada Kelab Eropah Mahu Dapatkan Pemain Mereka