Kelab pembangunan Johor Darul Ta'zim, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) bakal diperkuatkan oleh seorang pemain daripada Sepanyol dan seorang pemain muda daripada Jepun.

Perkara ini disahkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu sidang media yang berlangsung pada semalam dimana baginda akan mengumumkan nama dua pemain terbabit pada Januari ini kerana pemain daripada Sepanyol masih mempunyai kontrak sehingga 31 Disember ini.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/2680595248715175/

"Kami telah menandatangani Liridon Krasniqi. Kami juga mempunyai seorang pemain daripada Sepanyol yang saya akan umumkan namanya pada Januari kerana beliau masih mempunyai kontrak sehingga 31 Disember.

"Kami juga menandatangani pemain daripada Jepun untuk beraksi bersama JDT II. Selain itu, kami juga bakal diperkuatkan oleh beberapa pemain daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD)," kata TMJ.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail turut mengesahkan bahawa pihak kelab sedang berhubung dengan bekas pemain Chelsea, Florent Malouda untuk menghantar pemain muda terpilih untuk pergi ke FC Zurich.

[caption id="attachment_21618" align="alignnone" width="1080"]JDT II Sumber Gambar: JST [/caption]

"Pemain muda yang mempunyai kualiti akan dipilih untuk pergi ke FC Zurich. Perkara ini masih lagi dalam peringkat perbincangan," tambah TMJ.

Pemain sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid dicanang sebagai pemain yang akan dihantar ke FC Zurich memandangkan beliau merupakan pemain muda terbaik dalam negara ketika ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta'zim di sini:

https://www.vocketfc.com/kelab-switzerland-fc-zurich-berminat-untuk-mengambil-khidmat-safawi-rasid/

https://www.vocketfc.com/azraai-khor-risau-karier-bola-sepak-akhyar-rashid-musnah-jika-terus-hanyut/

https://www.vocketfc.com/shakir-saari-sertai-barisan-kejurulatihan-johor-darul-tazim/