Semalam Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Sri Pahang, 3-0 pada perlawanan ke 20 Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. Kemenangan itu memastikan mahkota kejuaraan Liga Super Malaysia 2021 sah menjadi milik skuad kendalian Benjamin Mora.

Lebih menarik, JDT turut memberi penghargaan dan mendedikasikan kejuaraan Liga Super kali kelapan ini kepada semua petugas barisan hadapan yang telah bekerja sepenuh hati ketika penularan wabak pandemik COVID-19 di negara.

Malah, pemilik kelab iaitu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) telah bertitah agar JDT mendermakan duit kejuaraan liga kepada tabung untuk keluarga-keluarga petugas barisan hadapan.

Usaha JDT ini turut mendapat pujian daripada penyokong setia dan mereka berharap sumbangan yang bermakna ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh barisan petugas hadapan.

Sebelum ini, skuad Harimau Selatan telah menyumbangkan semua wang kemenangan yang diperoleh sejak 2013 kepada Yayasan JDT. Ini termasuk hadiah wang kejuaraan Liga Super Malaysia dan wang ganjaran daripada AFC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC.

Yayasan tersebut menyalurkan sumbangan itu kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

MFL: Naib Juara Liga Super Dan Juara TM Piala Malaysia Akan Terima Slot Ke Kejohanan AFC Cup 2022

Nafuzi Zain: Kelab Lain Mampu Kacau TFC, Kedah Rebut Tempat Kedua

Rodney Celvin Disahkan Mengalami Kecederaan Bahu